OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Satu ketetapan telah diputuskan dalam mesyuarat
ahli Jawatankuasa Bertindak Membantah Caj Parking di kawasan Bandar satelit
yang bakal dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada Mei ini
telah mendapat persetujuan oleh semua pihak
Ahli Parlimen Sandakan
Stephen Wong Tien Fatt yang mempengerusikan mesyuarat itu sambil memutuskan
untuk memungut tandatangan penduduk-penduduk Sandakan untuk mendesak supaya Presiden MPS Datuk James
Wong sama ada iaitu ditukar atau dipecat
daripada jawatanya yang kini di sandangannya.
Wong bagi pihak masyarakat
Sandakan yang mewakili kaum masyarakat Cina dan Bumiputera berkata James Wong memang tidak layak jadi
Presiden MPS kerana kerjanya dari mula sehingga kini tiada lain menyusahkan
rakyat khusus yang ditinggal di daerah Sandakan.
Kata Wong lagi kebanyakan
penduduk di sini bukannya tergolong daripada orang kaya sudahlah kerajaan menyusahkan rakyat setiap pembelian
barangan dikenakan caj GST ditambah pula beban baru iaitu caj parking di bandar-bandar
satelit dari Bandar Kim Fung hingga ke Bandar Sibuga Jaya Batu 8 Jalan Labuk.
Tindakan MPS benar-benar
menjurus kepada menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal diFlat-Flat
berkenaan yang meletakan kereta sehari suntuk sudah berapa caj parking bakal
dikenakan oleh pengguna.
No comments:
Post a Comment