JANA GELOMBANG TOLAK PERBEZAAN
( Bersatu selamatkan negara bangsa)
( Bersatu selamatkan negara bangsa)
Tuesday March 22.2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
DI bawah pimpinan seorang Najib jelas pembohongan demi
pembongan sudah terang bersuluh lagi. Tipu demi penipuan berlaku di depan mata.
Jawaban demi jawaban diberi tetapi selalu berubah-ubah dan bertukar ganti corak
dan kata-katanya sukar dipercaya.
Aneh bin Ajaib, penderma Arab tua yang mati di bulan
Januari, tetapi boleh hidup semula dan dijumpa di bulan Ogos tahun sama dan
sesudah itu kembali ke dalam tanah hanya kerana berjumpa menteri bernama Zahid
Hamidi untuk menyatakan derma 2.6 bilion memang benar.
Dana 1MDB sejumlah RM42 bilion entah ke mana dan
tiba-tiba dimasukkan ke sana sini
singgah di bank Singapura tetapi tiada dan masuk akaun peribadi 50% sudah
dibelanja untuk election dan katanya pula sudah dikembalikan ke arab tua yang
sudah bertahun disemadi. Memang aneh bin Ajaib. Bijak sangat memutar alam.
MANA SPRM kenapa tak siasat rumah mewaj.
MANA SPRM kenapa tak siasat rumah mewaj.
Skandal demi skandal berjuta berbilion lesap begitu saja.
Bermula dana Yapeim, wang zakat, Tabung Haji habis dibantai untuk kroni suku
sakat termasuk menteri yang konon berjasa dalam parti pemerintah.
Kesan terbongkar ada yang resign satu keluarga tetapi
gajinya juta setahun habis lesap dimakan mendarah daging dan jelas kesian dana
untuk anak yatim dan orang susah mereka kerjakan dan yang menderma atas nama
anam yatim serasa sia-sia kerana wang itu digunakan oleh yang tertentu untuk
ambil kesempatan isi kantung dan bermewah seperti orang kaya baru lagaknya atau
sama macam taukeh judi kaya bergaya.
BANGLO MILIK DATUK SERI ANWAR MUSA
Begitulah keadaannya dan kesannya rakyat negara tanggung
beban mendekat RM800 bilion dan bila kerajaan tidak punya pendapatan, lalu
digasaknya poket rakyat dihentamnya segala hingga derita rakyat semakin susah
dengan cukai kepala GST dan ini menambah peritnya rakyat, lebih derita harga
sawit dan getah menjunam turun tak pernah dalam sejarah dan rakyat hidup
semakin tersepit dan menderita lara menangis tak berair mata.
Terakhir lagi skandal hilang RM100 juta dana Sukan di
Kementerian Belia dan Sukan dan dikatakan pegawai kanan yang terlibat sama dan
siapa yang harus disalahkan kalau kepala di atas raja korupsi dan yang di bawah
samalah macam guru kencing berdiri dan murid kencing berlari dan kesannya
terkena kepala rakyat.
Demikianlah keadaannya dalam negara kita sedang mereka
yang di atas terus ketawa mendengar rakyat merintih duka melara dan mereka
terus bermain golf sedang bolanya adalah kepala-kepala rakyat yang dipancung
kesan dituduh menderhaka.
Sudahnya begitulah akta demi akta menjerut leher rakyat,
yang melapor kes curi masuk penjara sedang pencuri ketawa terbahak-bahak dan
inilah malaysiaku yang selalu mendendangakan lagu asli si dondang sayang dengan
satu famiut " cincailah" dan kesan itu rakyat tak berdosa, bukan
penjenayah dan bukan merampok pencuri terus diam dalam kawat2 besi untuk sekian
lama dan biasanya begitulah setahun penjara denda RM50,000 di bawah akta
komunikasi.
Ini kalilah tanggal 28 Mac, jam 8:00 malam di Padang MPAJ
jangan di lupa kita sama hadir tunjuk kita rakyat mahukan pemimpin korup turun
segera dan selamatkan negara angkat pemimpin sejati ikhlas dan berani perintah
ke laluan Illahi.
Kita sama bangun, kita sama berdiri dan siap di tangan
panji-panji kita pancung kita lumati biat tersungkur dan mati.
reformasi
reformasi
reformasi
reformasi
reformasi
reformasi
reformasi
No comments:
Post a Comment