PERBUATAN BERBOGEL DI PULAU SIBUAN SEMPORNA PERBUATAN KURANG AJAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

PERBUATAN berbogel di sebuah Pulau Sibuan  Semporna yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan pelancong asing  dari China adalah satu perbuatan biadap dan kurang ajar ini perlu diambil tindakan keras terhadap prilaku yang tidak senonoh itu.

Dato Seri Peduka Kemellia Hassan seorang aktivis masyarakat setelah membaca laporan media portal Sabah Insider hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut kerana telah mencemarkan nama baik pusat pelancongan di Negara ini khususnya di daerah Semporna sendiri.

“Saya minta pihak polis harus mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat berbogel di pulau berkenaan dan seolah-olah Negara kita  tidak mempunyai undang-undang main geradak saja melakukan bogel dengan sesuka hati tanpa menghormati perasaan orang lain” katanya kepada media.


Ini adalah kali ketiga di mana pelancong berbogel selain dipuncak Gunung Kinabalu oleh pelancong dari Eropah seramai 10 orang berbogel sehingga mendatangkan bala dan bencana yang menimpa penduduk berhampiran.


Kata Kemellia lagi pelancong asing yang datang ke Negara ini untuk melancong amat di hargai kerana salah satu punca pendapatan kerajaan tetapi pada masa yang sama kerajaan tidak perlu ada titik tolak ansur bagi mereka yang membuat perkara-perkara keji itu seperti berbogel.

“Saya berharap  penduduk-penduduk Semporna sentiasa dilindungi Allah SAW dalam kesejahteraan walaupun ada kejadian brebogel di Pulau Sibuan agar tidak didatangkan bala seperti yang pernah terjadi di Ranau dan Kundasang ekoran 10 orang pelancong Eropah yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu” Ujarmya.


No comments:

Post a Comment