COROTAN DARI HATI KEHATI
SHAIMON S JUMADI
SEJAK
kebelakangan ini ramai antaranya warga tempatan sering
membicarakan dan mempertikaikan soal bangsa Pakistan yang duduk di Sabah
menggunakan passport mereka 80 peratus telah melibatkan dunia perniagaan secara
besar-besaran sama ada dipekan-pekan dan Bandar-bandar utama semakin hari
semakin berleluasa di memerata tempat.
Kalau difikirkan memang
tidak ada lojiknya seorang warga asing yang masih memegang passport atau pass
lawatan social mereka boleh terjerumus dalam dunia perniagaan seumpamanya.
Saya bercakap ini bukan
sekadar mereka-reka atau main teka-tekaan atau ngomong sembarangan ramai antara
mereka yang kini duduk di Sabah jelas selain mereka mempunyai passport mereka
juga sekaligus mempunyai Mykad yang beralamatkan di Keningau, Tambunan,
Kinabatangan, Beluran, Kundasang dan Ranau mungkin ada lagi menggunakan
lain-lain daerah.
Bercakap tentang orang-orang
Pakistan yang terang-terang terjerumus dalam dunia perniagaan seperti yang saya
nyatakan diawal-awal tadi ini semuanya ada kompromi atau kerjasama daripada
pihak majlis-majlis tempatan sendiri contohnya Majlis Perbandaran, Majlis
Daerah dan Pejabat Daerah sendiri yang mengeluarkan lesen kepada
Pakistan-Pakistan ini kalau tidak macam mana mereka boleh membuka perniaga ala
gedung.
Kita sebagai warga tempatan
bukan iri hati atau dengki tapi kalau mereka itu benar-benar dilahirkan di Malaysia khususnya di Sabah apa
bangsa saja tidak kira India Pakistan Bangladest kah Nepal kah mereka sudah sebahagian daripada
warganegera Malaysia sebab mereka dilahirkan di Negara ini ialah macam
suku-suku bangsa lain yang ada dimuka bumi Sabah.
Dilahirkan di Pakistan di
Kerachi tetapi alamat lahir di Mykad
Keningau ini sudah terang-terang menipu kerajaan Malaysia yang berdaulat, yang
menghairankan pihak SPRM pihak Polis dan pihak Imigeresen tidak kah menyedari
kebanjiran warga Pakistan di Sabah semakin hari semakin ramai jumlahnya adakah mata mereka buta ada kah mereka tidak
melihat betapa ramainya warga Pakistan yang berniaga di pusat-pusat Bandar
tertentu.
Atau mereka sengaja membabi
buta tuli walaupun mereka telah nampak main biar saja tunggu orang ramai
membuat isu di media-media social.
Dalam hal ini
sekurang-kurangnya pihak SPRM menyiasat bagaimana orang Pakistan boleh meniaga
dari mana puncanya adakah mereka menyewa lesen guna nama orang lain atau mereka
yang memohon sendiri menggunakan mykad.
Mereka hidup seperti ketam,
kura-kura dan penyu hidup dua alam nanti bilamana musim pilihanraya umum di Negara mereka mereka
kembali ke Negara asal mereka bilamana di Malaysia pilihanraya umum mereka juga
boleh mengundi.
PAKISTAN oh Pakistan
kalaulah bangsa yang teristimewa hidup di Malaysia khususnya di Sabah selain
boleh berniaga mereka juga boleh menawan gadis-gadis Kadazan, Dusun dan Murut
di kawasan pedalaman untuk dijadikan pemaisuri.
Satu hari Sabah TYT atau
Tuan Yang Terutamapun disandang orang-orang Pakistan jangan hairan ini tidak mustahil
kata bahasa orang putihnya (nothing Impossible)
No comments:
Post a Comment