OLEH: ISMAILY BUNGSU
KOTA KINABALU: Gerakan pendaftaran
baru kad pengenalan (mykad) untuk para pendatang asing untuk dijadikan pengundi
kini sedang rancak di jalankan di kawasan-kawasan tertentu.
Antaranya kawasan-kawasan yang terlibat ialah Tawau,Semporna, Lahad Datu dan Sandakan
di mana terdapat ramai jumlah PATI tinggal di daerah tersebut.
Menurut beberapa keterangan bahawa kerja-kerja pendaftaran
berkenaan adalah atas arahan daripada pihak atasan untuk tujuan menjadi
pengundi kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.
Kata sumber itu lagi fenomena sebegini bukan baru di buat
oleh kerajaan BN malahan kerap kali untuk
mendapat sokongan rakyat mereka langsung tidak memperdulikan soal taraf dan
kewarnegaraan seseorang itu mereka begitu mudah mengeluarkan mykad kepada PATI
di negeri ini menjadi pengundi khususnya
penyokong BN.
“Yang menjadi sasaran dan mangsa keadaan bukan saja
menghancurkan bangsa dan Negara akan tetapi tidak secara langsung membunuh anak
cucu cicit khususnya anak watan Sabah” kata sumber itu lagi.
No comments:
Post a Comment