OLEH SYARIFAH MOHD ISMAIL
KETUA MENTERI...Puji ketabahan anggota unit penguatkuasa MPPP walaupun digelar sebagai anjing.
PULAU PINANG:- Ekoran tersebar video yang menjadi viral di laman
sosial yang menunjukkan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) yang dipanggil dengan perkataan anjing dan wang kompaun dilempar
ke lantai, rata-rata netizen melahirkan rasa marah dengan dua lelaki berkenaan
dan bagaimanapun memuji sifat profesional yang ditunjukkan oleh anggota
penguatkuasa MPPP tersebut.
Hari ini, ketiga-tiga mereka telah dipanggil oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di mana beliau memuji sikap ketiga-tiga meerka dengan memberi hadiahkan insentif RM200 setiap seorang kerana berjaya mengawal keadaan tegang akibat pesalah trafik yang bersikap kurang ajar terhadap mereka.
“Saya harap sikap mereka ini dicontohi oleh semua orang, kita tidak patut memarahi penguat kuasa kerana mereka hanyalah menjalankan tugas mereka.
“Kepada semua penduduk negeri ini yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan MBPP mengunci kereta mereka, bolehlah ke pejabat MBPP untuk membuat aduan mahupun laporan.
“Insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan diharap orang awam tidak mengeluarkan kata-kata kesat memarahi penguatkuasa,” katanya pada sidang media di Komtar, hari ini. - Siakapkeli.my
Bagaimanapun Dua Lelaki Disyaki Terlibat Maki Hamun Penguatkuasa Wanita Di Pulau Pinang Akhirnya Ditahan Polis untuk disoal siasat

No comments:
Post a Comment