KIRIMAN: ZAR ALI
Jumaat,
02 Oktober 2015.
KUMPULAN-kumpulan
wanita hari ini menolak kenyataan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, bahawa
perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku.
“Malangnya
perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku lebih kerap daripada yang
digambarkan,” kata Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan
Gender (JAG).
“Perkahwinan
kanak-kanak sudah pasti bukan jarang-jarang berlaku di Malaysia, seperti
disebut Rosmah.”Memetik timbalan meneri wanita, keluarga dan masyarakat Heng
Seai Kie pada 2010, JAG berkata kira-kira 16,000 wanita bawah 15 tahun
berkahwin pada tahun itu.
Empat
tahun selepas itu, kata JAG, keadaan di Malaysia mencetuskan kebimbangan
antarabangsa, apabila laporan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNFPA) 2014 merekodkan lebih 15,000 kanak-kanak Malaysia berkahwin
sebelum umur 19.Di Malaysia Timur, kata JAG, perkahwinan masih berlaku ketika
kemiskinan lebih tinggi dan pembangunan tidak sampai ke kawasan pedalaman.
Berhubung
resolusi bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak oleh Majlis Hak Asasi Manusia
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), JAG berkata Malaysia patut menggiatkan
usaha menamatkannya.
JAG
terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All
Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan
Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).
Bernama
kelmarin melaporkan Rosmah berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah
perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada
Selasa (Rabu di Malaysia).
Isteri
Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di
Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang
rendah.
Perundangan
Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk
melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.Rosmah
berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri
sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.-Mkini
Artikel
Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.
No comments:
Post a Comment