PARTI-PARTI PEMBANGKANG LAIN PERLU BERSATU DENGAN DAP-PKR DAN AMANAH UNTUK TUMBANG BN PRU14

OLEH: ISMAILY BUNGSU
HAKIKAT jelas untuk perubahan, kita kena tumbangkan BN di peringkat pusat duluan dan yang pasti hanya BN dan HARAPAN PAKATAN saja bakal tandingi 222 kerusi MP.
Parti-parti  tempatan tidak akan tandingi kesemua 222 kerusi MP/kala mereka hanya menumpukan untuk tandingi 25 MP di Sabah dan 60 Dun, makna meski menang di negeri yang pasti tidak akan dapat membawa perubahan kepada sistem pentadbiran di Malaysia.
Makanya tidak boleh tidak kita kena beri sokongan padu kepada semua calon2 HARAPAN PAKATAN yang terdiri dari calon2 parti PKR/DAP dan Amanah.
PKR/DAP dan Amanah senantiasa membuka pintu untuk rundingan demi menumbangkan BN dalam pilihanraya mendatang dan mempastikan Kerajaan Harapan Pakatan memerintah.
Kehadiran parti-parti  tempatan amat diperlukan untuk sama duduk berbincang sebab melawan BN sama seperti melawan gergasi yang punya segala kelengkapan seperti SPR, JPN dan agensi-agensi  lain termasuk segala jentera kerajaan mereka gerakkan sama disamping taburan wang.
Tidak boleh tidak, BN kena lawan SATU SAMA SATU dan penyatuan inilah yang cukup menggerunkan BN, jika sebaliknya maka parti tempatan akan gagal sama seperti dimusim PRU-13 lalu hanya mendapat 1 kerusi DUN sahaja.
Keputusan pilihanraya lalu hendaklah dijadikan pengajaran untuk kita semua dan mudah-mudahan  sesudah ini ada rundingan kesepakatan demi mengelak pertembungan beberapa penjuru yang akhirnya BN bakal menang.
Ulasan Lanjut:
SHAIMON S JUMADI

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Saudara Ismaly Bungsu itu, parti-parti pembangkang tempatan yang ada di bumi Sabah ini harus bersatu dengan semua parti pembangkang seperti DAP-PKR dan AMANAH (PAN) duduk berbincangkan.

Sebagai contohnya kalau PKR bertanding di kawasan Parlimen Batu Sapi parti-parti pembangkang yang lain tak usah meletakan calon di situ kuacali bertanding di kerusi DUN di kawasan Sekong, ini mengelakan perpecahan undi.

Begitu juga kalau DAP bertanding di kawasan Parlimen Sandakan sementara parti-parti pembangkang yang lainnya tak perlu meletak calon  dibolehkan meletakan calon di kawasan DUN Elopura atau kawasan DUN Tanjung Papat.

Sebabnya tujuan kita adalah untuk menggulingkan kerajaan BN jadi jangan ada berlakunya perebutan kerusi sesama parti pembangkang walaupun parti pembangkang itu bukan PAKATAN HARAPAN yang membabitkan tiga parti DAP-PKR dan AMANAH.


Bertanding satu lawan satu ini untuk memudahkan calon-calon pembangkang yang bertanding lawan dengan BN memenangi kerusi di kawasan masing-masing.





No comments:

Post a Comment