OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SISTEM KUMBAHAN.......Wong sedang meninjau kerosakan jalan dan sistem kumbahan yang melempah ruah diatas jalan Lorong Bangunan Blok 6 dan 7 Old Slipway yang sekian lama diabaikan begitu saja
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong mengutuk
sekeras-kerasnya terhadap sikap Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat yang juga selaku Timbalan Ketua Menteri Datuk
Seri Penglima Raymond Tan serta Presiden Majlis Perbandaran Sandakan
(MPS) Datuk James Wong serta pihak kesihatan
yang langsung tidak prihatin atau
bertanggungjawab keatas masalah kerosakan
jalan dan kesumbatan system kumbahan yang melempah ruah diatas jalan di
lorong belakang bangunan antara blok 6 dan 7 Old Slipway Bandar Sandakan yang
sekian lama sudah terabai begitu saja.
Dimana
kah tanggungjawab pihak MPS sebagai
agensi pentadbiran kerajaan terhadap
menjaga dan mengatasi segala permasalahan yang dihadap oleh rakyat.
Setelah
menerima aduan daripada peniaga dan penduduk tempatan, Wong bersama dengan
Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Sandakan Tsen Nyuk Kee meninjau ke
lokasi berkenaan, dan mendapati masalah tersebut telah wujud selama beberapa
tahun.
Beliau
berpendapat bahawa pihak MPS sebagai kerajaan
tempatan Sandakan,
bertanggungjawab ke atas masalah kerosakan jalan dan kesumbatan sistem kumbahan
yang telah wujud sekian lama dan tidak diperbaiki.
Pada
pandangan beliau, Datuk Raymond Tan dan Presiden MPS Datuk James Wong juga
wajib menjelaskan kepada rakyat Sandakan, mengapakah masalah yang begitu teruk
di kawasan tersebut masih belum
diambil tindakan? Adakah Sandakan kini tidak mempunyai kerajaan tempatan? Apa sebabnya masalah tersebut tidak dapat diatasi?
Wong
berkata, masalah sistem kumbahan di kawasan bandar Sandakan telah wujud sekian
lama, hampir setiap bulan pun terdapat aduan mengenai masalah kesumbatan saluran
kumbahan, Raymond Tan sebagai ADUN kawasan tersebut selama 20 tahun, mengapakah
tidak dapat menangani masalah tersebut? Adakah beliau mengarahkan unit
pembangunan kawasan Tanjung Papat agar mengambil berat terhadap masalah
tersebut dan menghubungi pihak berkenaan untuk mengambil tindakan?
Wong
mengkritik pihak MPS tidak mementingkan aduan rakyat, dan menolak
tanggungjawab, menyebabkan rakyat tidak dapat menyampaikan aduan dengan
sewajarnya. Beliau berkata, MPS bertanggungjawab untuk menyampaikan aduan yang
diterima kepada pihak berkenaan, bukannya membiarkan sahaja.
Kata
beliau, sebagai kerajaan tempatan, menangani aduan rakyat merupakan
perkhidmatan asas. Rakyat membayar cukai pintu, oleh itu MPS wajib menangani
masalah sistem kumbahan dan sampah-sarap di kawasan bandar. Tambahan pula,
semua kakitangan MPS termasuk Presiden dibayar gaji oleh rakyat, oleh itu adalah
wajib membantu rakyat menyelesaikan masalah.
\Wong
juga mendedahkan terdapat peniaga menutup manhole dengan tong, di belakang
kedai blok 7, untuk mengelakkan air kotor mengalir keluar dan menjejaskan
perniagaan.
Walaubagaimanapun,
Wong menggesa Raymond Tan dan Presiden MPS James Wong membantu rakyat Sandakan
mengatasi masalah di bandar dengan sewajarnya.
Wong
mendakwa tindakan pihak MPS membiarkan masalah itu benar-benar Bandar Sandakan
telah tercemar oleh bau busuk yang menyelubungi masuk keruang premis perniagaan
sehingga kerestoran-restoran berhampiran ini mengakibatkan merugikan para
peniagaan kerana kurang pelanggan untuk makan dan mimun disamping akan mengundang
pelbagai wabak penyakit.
No comments:
Post a Comment