KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:
1. YB Presiden dan MPP untuk meneruskan
usaha-usaha membina barisan pembangkang krisis negara yang makin mendesak.
2. KEADILAN komited untuk memantapkan Pakatan
Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan
diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan
parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
3. KEADILAN akan mengambil langkah-langkah
menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas.
KEADILAN menyeru semua parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara
satu sama lain, dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbedaan
pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.
4. KEADILAN akan meneruskan perhubungan dan
perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan
kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu.
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
11 Oktober 2015
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
11 Oktober 2015
Semoga segala yang telah dirancang akan memperoleh kejayaan yang cemerlang sehingga berjaya menawan Putrajaya dan seterusnya membentuk pemerintahan baru menjelang PRU14 nanti Insya Allah...Amin
No comments:
Post a Comment