KIRIMAN: ZAR ALI
KES
1MDB semakin hari semakin panas terdedah
dengan seluas-luasnya sama ada dimedia
tempatan mahupun media luar khususnya media barat akan tetapi bila kah
kesudahan kes ini akan selesai mungkin sehingga PRU14 nanti tentunya jadi isu
dan propaganda dan agenda politik untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO itulah
realitinya: SSJ
PENDUSTA BESAR....Arul Kanda dalam menyelesaikan kes 1MDB
Marilah
ikuti laporan Sarawak Report tuduh Arul
'penipu'
SARAWAK Report hari ini
mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif
Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".
Pendedahan
tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai
tersimpan di Bank BSI di Singapura.
Sarawak
Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul
terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada
"strateginya mberikan maklumat salah".
"Dalam
erti kata lain, ia adalah satu pembohongan yang memalukan," kata pengasas
Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (gambar) dalam e-mel kepada Malaysiakini.
Sarawak
Report melaporkan pada April lalu, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu
mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di Bank BSI Singapura.
Memetik
maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank berkenaan memberitahu
Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen tersebut bukan datang daripada
mereka.
Lihat
jawapan bertulis
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang didakwa dalam bentuk wang tunai
berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.
\
Najib,
yang juga menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata
demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Tony Pua.
\
Arul
ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari lalu mengakui wang
tunai itu berada dalam akaun firma berkenaan di Bank BSI.
Tetapi
Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen "mengubah" jawapannya
sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset dalam
bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga dalam dolar AS.
"Kami
kini telah mendapat beberapa minit dari mesyuarat lembaga.
"Arul
juga memberi alasan yang amat sukar dipercayai tentang jumlah pinjaman 1MDB.
"Ini
adalah respons kepada kebimbangan pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin,
bahawa pihak pengurusan secara terbuka berjanji untuk menghantar pulang wang
itu dan kemudian gagal untuk berbuat demikian," kata Sarawak Report lagi.
Menurut
laman web berkenaan, Arul memberi alasan tidak
menghantar
pulang wang tunai itu kerana ia perlu disimpan di bank Singapura sebagai
jaminan kepada Deutsche Bank.
No comments:
Post a Comment