PEMILIK RESORT PERLU BERI GARIS PANDUAN KEPADA PELANCONG ASING

OLEH: SHAIMON S JUMADI



GARIS panduan yang bakal dikenakan pada setiap pelancong asing yang memasuki negeri Sabah oleh para pemilik pusat-pusat pelancongan khususnya para pemilik resort di setiap dikepulauan dan sebagainya  adalah wajar.

Dengan adanya garis panduan yang bakal ditandatangani oleh setiap pelancong yang ingin tinggal diresort-resort berkenaan ini akan memahami yang mendalam  tentang adat istiadat agar mereka tidak berbuat sesuka hati seperti berbogel disatu-satu tempat.

Cadangan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Datuk Hj Masidi Manjun   dalam satu kenyataan dengan media malam tadi bahawa kementeriannya akan mengeluarkan garis panduan kepada para pemilik resort yang terletak dikepulauan.

Cadangan itu dibuat ini ekoran kejadian sekumpulan pelancong dari China  yang berbogel di Pulau Sibuan Semporna baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai kontraversi di kalangan penduduk tempatan.
 
Namun pihak PDRM telah menjaya menangkap keenam-enam dan seorang perempuan untuk membantu siasatan berhubung dengan kes bogel itu.

Mujurlah daerah Semporna tidak dilanda bala atau tsunami ekoran pelancong asing berbogel di pulau tersebut, Allah telah melindungi rakyat Semporna daripada ditimpa bala dan malapetaka yang bakal mengerikan.




No comments:

Post a Comment