OLEH: KAMARUL ZAMAN
PUTRAJAYA;-
Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Khairi
Jamaluddin Abu Bakar berkata Putrajaya dan
Umno perlu menunggu tanpa mengganggu siasatan terhadap 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) dan dakwaan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak,
Khairi
berkata, ini supaya kredibiliti siasatan
terhadap syarikat sarat hutang itu terjamin.
"Ia
masih dalam siasatan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang
siasat. Jadi apa yang diminta PM adalah masa.
"Kita
Pemuda punya pandangan dalam isu 1MDB ataupun isu RM2.6 bilion.
"Kita
tak boleh kata isu itu selesai. Kalau kerajaan kata isu ini selesai atau Umno
cakap isu ini dah selesai ada keraguan sebab kita sendiri yang kata tak ada
sebarang masalah, jadi kita kena tunggu," katanya pada sidang media di
Kuala Lumpur hari ini.
Katanya,
jika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ataupun agensi seperti SPRM
sendiri membuat ketetapan, maka akan ada kredibiliti kerana siasatan dibuat
pihak ketiga. "Jadi kita bagi ruang siasatan ini diteruskan."
Sementara
itu, beliau berkata tidak ada sebarang sekatan kepada perwakilan untuk
membahaskan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion semasa Perhimpunan Agung Umno.
"Dalam
15 tahun saya jadi perwakilan, takda satu pun dalam perhimpunan agung kita
letakkan sekatan terhadap perbahasan kepada pembahas-pembahas.
"Jadi
bagi saya walaupun kita menghormati tatasusila dan juga tataetika perbahasan,
saya rasa tak pernah ada usaha untuk menyekat suara pembahas daripada didengari
oleh pucuk pimpinan parti."
No comments:
Post a Comment