DARI HATI KEHATI
SHAIMON S JUMADI
SUDAH tiba masanya Portal Online Sabah
Insider.Net yang baru berumur setahun 4
bulan ini bertapak di Sabah yang merupakan sebuah wadah masyarakat setempat
bagi meluahkan isi hati dan mengetengahkan segala komen-komen yang tersirat dan yang
tersurat dipaparkan untuk pengetahuan
umum seharusnya mempunyai seorang
pengerusi ahli lembaga.
Pada mulanya
nama seorang wanita yang merupakan ahli pernigaan dan juga seorang aktivis
masyarakat di negeri ini iaitu Dato Seri Peduka Kemellia Hassan yang layak jadi pengerusi ahli lembaga kepada
Sabah Insider.Net tetapi tidak mendapat respond daripada pihak CEO dan pihak management
sebab ramai lagi nama-nama yang telah tersenarai sebagai calon pengerusi.
Malam
kelmarin saya terkejut apabila CEO Sabah Insider iaitu Jun Pacifico menghubungi
saya kira-kira jam 10.00 malam dan memberi tahu bahawa mereka baru selesai
mengadakan mesyuarat tertutup dengan ahli-ahli lembaga yang lain dan pihak
Jawatankuasa Ahli Lembaga telah memutuskan bahawa dalam perbincangan tersebut
telah memilih Dato Kemellia Hassan untuk
dicalonkan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Sabah Insider.
Tarikh
berkuatkuasa belum dipastikan ini
lagipun menurut Jun (CEO) pihaknya belum menghubungi kepada Dato Kemellia buat
setakat ini.
Saya selaku
Pengarang Kanan Sabah Insider Wilayah Pantai Timur mengharakan Dato Kemellia
agar dapat menerima tawaran untuk menjadi pengerusi ahli lembaga untuk mengaggotai
Sabah Insider yang semakin hari semakin mendapat tempat dihati para pembaca
media portal bukan saja di Sabah, Sarawak mahupun diseluruh Semenanjung bahkan
di Singapura, Brunei dan termasuk Indonesia.
Apapun
semoga menjadi reality atas pelantikan Datok Kemellia itu nanti dapat memulakan
tugas baru yang penuh mencabar itu Insya Allah…Amin
No comments:
Post a Comment