MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN ABAIKAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Semakin hari kian kurang ambil perhatian masalah-masalah dipersekitaran yang kini menjadi punca masalah besar kepada penduduk setempat di satu-satu kawasan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan.

Terbukti di lorong belakang bangunan Grand View  terdapat saluran najis tersumbat  sudah sekian lama tidak pernah diselenggara dan dibiarkan begitu saja  hingga menimbul keresahan  dimana kah letaknya tanggungjawab sebagai badan pentadbir dan pihak berkuasa tempatan. 

Peniaga atau penghuni bangunan tersebut bukanya duduk percuma saban tahun mereka telah dikenakan bayaran cukai pintu dan cukai lain-lain perkhidmatan kenapa perkhidmatan yang disalurkan oleh pihak MPS amat mendukacitakan.


Begitu juga keadaan di kampung Sim-Sim antara jambaran lorong 01 hingga lorong 05 yang mempunyai rumah kira-kira 200 buah.
 
Pertama kekurangan bekalan tong sampah dan kedua saliran parit tersebut menyebabkan  bila hujan turun saja air tak dapat mengalir dengan lancar.

Beberapa penduduk yang sempat menemui krew Sabah Insider yang nama mereka enggan disebut merayu kepada pihak MPS agar dapat menjalankan kerja-kerja penyenggelaraan laruran najis tersumbat di Bangunan Grand View dan membekal tong sampah untuk kegunaan 200 buah rumah itu.







No comments:

Post a Comment