OLEH:
AZMIE AZMAN
Gambar Kelihatan:- Zakaria (tengah)
menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar di Majlis Graduasi 2015 SMK
Gum Gum kelmarin
GUM-GUM:- .Ibubapa dan penjaga wajar memberi
pendedahan awal kepada anak-anak mengenai pentingnya penguasaan Bahasa
Inggeris.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata ,penguasaan bahasa
antarabangsa itu amat di tuntut msyarakat hari ini termasuk di institusi
pengajian tinggi, pasaran pekerjan mahupun alam perniagaan
Beliau berkata demikian ketika merasmikan
Majlis Graduasi 2015 SMK Gum Gum di sini kelmarin.
Justeru itu, beliau mahu pelajar menguasai
bukan sahaja dari segi pertuturan malah penulisan yang betul dalam bahasa
berkenaan.
“Kerajaan telah mencadangkan untuk lulus
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu lulus Bahasa Inggeris namun masih
menangguhkan syarat berkenaan,”katanya lagi.
Beliau turut berkata disamping penguasan
Bahasa Inggeris, ibubapa harus tidak lupa menekankan penguasaan Bahasa Melayu
dan Bahasa Arab.
Pembelajaran Bahasa Arab secara tidak formal
mampu mudahkan pelajar Islam menguasai mata pelajaran pendidikan Islam dan
Bahasa Arab serta komunikasi.
Sementara itu, Zakaria berkata kerajan banyak
memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah di negara ini termasuk
pengagihan buku teks , pendaftaran percuma, bantuan persekolahan dan
sebagainya.
“Oleh itu masyarakat wajar merebut peluang
pendidikan yang telah disediakan kerajan untuk manfaat rakyat
keseluruhannya, “ tambah beliau.
Turut hadir pada majlis ialah Pengetua
Sekolah Mohd Khairul Anuar Abdullah, Pemimpin Pembangunan
Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M. Said, para guru-guru, ahli-ahli PIBG
Sekolah serta ibubapa pelajar.
Seramai 258 pelajar termasuk 104 pelajar SPM
telah menerima anugerah kecemerlangan dan hadiah yang disampaikan oleh Zakaria.
No comments:
Post a Comment