HARAPAN PAKATAN TANDING 222 KERUSI TEMPATAN REBUT 25 MP PUTRAJAYA GAGAL TUKAR KERAJAAN



OLEH: ISMAILY BUNGSU

PERTAMANYA rakyat Sabah jangan sekali-kali terpengaruh dengan slogan undi parti tempatan sebab itu tidak akan dapat meruntuhkan BN dan kalau menangpun pasti sama semacam kemenangan PBS dalam tahun 1985.

PBS merupakan parti lokal dan menangi pilihanraya Negeri dalam tahun 1985 dan berjaya memerintah Sabah selama 13 tahun tetapi ketika itu mereka bukan kerajaan persekutuan dan kesan hanya berkuasa di Negeri yang akhirnya mereka terpaksa mengharapkan kerajaan persekutuan untuk sumbang dana bangun Sabah.

Rakyat Sabah kena faham maksud kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan dan kena faham fungsi dan peranan masing-masing.

Kerajaan persekutuan kuasai WANG DISATUKAN termasuk pendidikan, Kastam, Imigresen, Kehakiman, Polis, Tentera dan jabatan2 lain dan sekarang cukai GST juga kerajaan persekutuan yang kutip, sementara kerajaan Negeri terpaksa meminta di kerajaan persekutuan.

Apa sudah jadi bila PBS memerintah dalam tahun 1985 dan berkuasa selama 13 tahun itu?

Jelas akhirnya kesan susah dan tidak boleh tadbir Sabah dengan baiknya, maka PBS terpaksa sertai BN dan menjadi kuda tunggangan BN secara tidak langsung dan kasus ini akan berulang sama pada parti2 tempatan jikapun menang nanti/tetapi untuk menang memang sukar sebab sekarangpun di peringakat parlimen parti tempatan tidak mempunyai satu kerusipun kecuali hanya menang 1 kerusi DUN Sabah disandang oleh Dr Jeffery Kitingan.

Nah, jika parti tempatanpun menang dimusim PRU akan datang dan kuasai Kerajaan Sabah, itu sama seperti kemenangan PBS tidak akan dapat merubah apa-apa dan akhirnya akan mengikut jejak langkah PBS sertai BN. Inilah hakikat yang jelas dan nyata.

Parti tempatan tidak akan berjaya kuasai kerajaan Sabah selagi ada parti PBS, PBRS dan UPKO yang terus berada di BN.

Kemenangan PBS dalam tahun 1985 adalah atas sebab sokongan padu dari masyarakat KDM dan Cina sedikit melayu/bumiputera Islam ketika itu dan sekarang ini masyarakat Cina berpadu dalam DAP dan kemenangan 1985 itu tidak akan berulang lagi.

Pemimpin2 KDM selain yang dalam BN hanya perjuangkan untuk mendapatkan title YB dan selagi tidak dalam kerajaan persekutuan pasti tidak akan dapat perjuangkan visi seperti yang HARAPAN PAKATAN perjuangkan iaitu Autonomi dan perjanjian 1963.

Untuk perintah kerajaan persekutuan, kita kena tumbangkan kerajaan persekutuan. Yang hanya boleh perintah kerajaan persekutuan hanyalah PARTI NASIONAL yang bakal tandingi 222 kerusi MP di Malaysia.
Ada dua pilihan saja iaitu DAP/PKR/Amanah yang berpadu dalam HARAPAN PAKATAN atau Barisan Nasional. Hanya BN dan HARAPAN PAKATAN saja merupakan parti nasioal yang boleh mengubah kerajaan persekutuan tetapi BN kuta tahu memiskinkan Sabah.

Makannya tidak boleh tidak seluruh rakyat di Sabah ini kena bersatu mengundi parti yang boleh merubah keadaan di Malaysia ini terutama urustadbir di Sabah ini dan parti lain tidak akan dapat merubah keadaan selain hanya untuk kepentingan diri dan kelak bakal sertai parti nasioanl juga akhirnya.

Kalau kita mahu memanjat pokok kelapa, maka pertama kita pastikan dulu kepala itu berbuah dan kalau tidak ianya akan menjadi sia-sia

Nah, demikian juga maksudnya kalau mahu mengundi untuk perubahan maka parti tempatan/jika menangpun di negeri sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985.
Tidak boleh tidak hanya HARAPAN PAKATAN sahaja yang benar-benar bakal bawa perubahan yang jelas dan pasti, sebab Harapan Pakatan ialah parti nasional yang belumpun teruji memerintah Malaysia.

Meski demikian kerajaan DAP/PKR/AMANAH di Pinang, PR di Selangor termasuk Kelantan telah memperlihatkan kepimpinan TERBAIK dan ikut auditor negara bawah pimpinan DAP/PKR telus, amanah, jujur dan berjaya mengurangkan korupsi dan menipu rakyat seperti pentadbiran BN.

Undilah PKR/DAP dan Amanah yang dinamakan HARAPAN PAKATAN.

No comments:

Post a Comment