DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
SEMBANG-SEMBANG......dengan kawan-kawan suku Cina di restoran mamak
BERCAKAP
soal perpaduan kaum di Sabah dengan di
Semenanjung amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan di negeri ini.
Sebagai realitinya dan contoh yang terdekat di Sabah walaupun
terdapat ramai suku kaum 32 bangsa yang berlainan budaya dan perbezaan anutan
agama tetapi soal menjalankan kehidupan tiada masalah boleh dikatakan di Sabah
aman dan damai.
Contohnya suku Kadazan,
Murut, Dusun, Sungai, Cina India dan suku-suku lain walaupun tidak berseagama
tetapi mereka boleh duduk semeja untuk makan dan minum malahan orang Islam
bebas masuk kerestoran milik cina.
Kalau di Semenanjung kalau
orang Islam kedapatan memasuki kedai maka atau restoran cina mereka akan
didenda antara RM2,000.00 hingga RM5,000.00 oleh pihak Jabatan Agama Islam
Selangur (JAIS)
Satu lagi perkara di mana sebilangan
besar orang-orang Semenanjung suka menghina
dan mencaci bangsa dan agama lain
berbanding di Sabah saling hormat menghormati antara satu sama lain
Ini jelas di mana PERKASA
yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali sering
mencari pasal kalau mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan dan
pencacian kepada agama dan bangsa lain yang ada di negara ini.
Bukan itu saja malahan telah
membakar bible yang menggunakan kalimah Alah tetapi walaupun telah mengguris
isi hati para penganut Kristian pihak Polis tidak mengambil sebarang tindakan
terhadap PERKASA yang bertindak ganas itu malahan dibiarkan begitu swahaja.
Di Sabah adalah sebuah
negeri yang benar-benar penduduknya mengamal demokrasi kalaupun perkara-perkara jenayah yang sering
berlaku bukanlah berpunca atau tercetus daripada agama itu adalah soal
perkara-perkara lain.
Lima bulan yang lalu dimana pihak PIBG disebuah sekolah Mission
sebahagian ahli jawatankuasanya coba
mencetuskan soal bangunan sekolah yang dipasang salib telah
dipertikaikan dakwa mereka kalau sesebuah sekolah yang dipasang salib ia boleh
mempengarui minda murid-murid Islam memluk agama Kristian.
Perkara ini telah tersebar
meluas sehingga mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri,
dalam masa yang sama pihak Jabatan Pelajaran telah membenarkan mana-mana
sekolah Mission meletakan salib cuma yang
tidak boleh di pasang salib ialah sekolah penuh bantuan kerajaan.
Semoga perpaduan di Sabah untuk menghormati agama dan bangsa lain akan berkekalan selama-lamanya Insya Allah....Amin
No comments:
Post a Comment