GST merupakan slogan
tercantik "gasak sampai tulang" dan inilah slogan yang dilaksanakan
oleh PM Najib bin Razak.
Apa tidaknya, cuba
fikirkan!
Sesudah
negara berhutang sekitar dmencecah RM900 bilion dan ditambah dengan lesap 42
bilion dan ada RM2.6 bilion masuk ke akaun sendiri dan ada lagi RM42 juta, maka
bila kerajaan susah lalu dia laksanakan GST ia korek wang dari poket rakyat tak
kesah janda, duda, ibu tunggal, anak yatim, orang cacat, buta, papa kedana, PTI
malah orang mati juga kena GST kala beli macam2.
Lalu sesudah ia rasa sukar
membayar hutang bilion2 itu maka ia beralasan konon sukar bayar gaji kakitangan
perkhidmatan awam tanpa rakyat dikenakan GST dan memang Najib ini bijak
beralasan seolah ia perjuangkan kakitangan perkhidmatan awam untuk tutup
bangkai gajahnya.
Barangkali ia ingat semua
orang di Malaysia ini bodoh sangat tidak tahu dan tidak bijak membaca dan
menilai keadaan sebenarnya lantaran dia berkuasa dan salah guna kuasa.
Bermacam alasan Najib
katakan kala ditanya dan jawaban tidak lain bak seperti ular sawah yang
kekenyangan di reban ayam kesan menelan kambing dan setiap alasan langsung
tidak masuk akal.
Kesian, kita ini rupanya
punya menteri2 yang jadi pak angguk dan tidak bijak mengurus negara bangsa kita
hingga asyik diketawakan oleh dunia luar dan begitu rendah kita dilihat kala
ini.
Cukup memalukan dan
nasiblah Anwar dalam penjara/jika tidak mesti semuanya salah dikatakan Anwar
yang salah burukkan negara di negara asing dan PM Najib selaku pemimpin tidak
bersalah padahal susah terang bersuluh lagi.
Cukup memalukan dan wawasan
negara 2020 yang diimpikan negara maju dan mewah hanya tinggal "Tahi
busuk" menyebar ke mana-mana di seluruh dunia hingga kita menjadi contoh
negara raja lawak.
ISMAILY BUNGSU
sabah
28/10/2015
7:47PM
sabah
28/10/2015
7:47PM
No comments:
Post a Comment