PEMBENTANGAN BAJET 2016 OLEH PM TIDAK MENGGEMBIRAKAN RAKYAT SABAH......DAKWA WONG

OLEH: KREW SABAH INSIDER

BERHUBUNG dengan pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak jumaat lepas Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong setelah mendengar pembentangan itu lantas  beliau (Wong)  memberi pandangan dan cadangan

Sehubungan itu Wong berkata, bajet 2016 tidak membawa berita gembira kepada Sabah, ia sama dengan bajet tahun-tahun yang lalu, khususnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih diteruskan dan membebankan rakyat, ini tidak selaras dengan tema bajet Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.

Pertama sekali, fasa pertama Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, dari Sindumin ke Tawau sepanjang 706km menelan RM12.8billion. Tetapi menurut perbelanjaan yang sebenar, projek Lebuhraya Pan Borneo hanya diberikan peruntukan RM800juta, oleh itu saya menyangsi sama ada projek ini dapat disiapkan sebelum tahun 2021.

Yang kedua, GST merupakan sebab utama yang menyebabkan rakyat hidup menderita. Saya berasa amat kecewa kerana GST sepatutnya dikenakan kadar sifar seperti dalam belanjawan alternatif Pakatan Harapan. Walaupun bajet pada kali ini telah memansuhkan GST untuk lebih banyak jenis barang-barangan, tetapi GST masih merupakan satu satu faktor yang membebankan rakyat.

“Saya telah beberapa kali mencadangkan penurunan GST kepada 3%, untuk meringankan beban rakyat. Kerajaan pula berkata GST membantu menyelamatkan masalah kewangan negara, dan menjangka akan memperoleh RM39billion pada tahun ini, serta membantu dalam mengurangkan defisit negara. Ini amat menggeramkan kerana wang ini adalah wang rakyat. Pada pandangan kami, GST harus dikenakan pada kadar sifar untuk membantu rakyat yang miskin.”

“Ketiga, saya menyangsi keikhlasan kerajaan dalam menjadikan Pelabuhan Sepanggar sebagai Transshipment Hub. Projek ini diharap-harapkan oleh pengusaha tempatan, tetapi ia tidak dimasukkan dalam belanjawan. Bagi negeri Sabah, dasar perdagangan yang bebas dapat membantu membangunkan ekonomi Sabah, ini merupakan dasar yang amat penting. Dengan adanya pelabuhan yang baik, ia dapat menarik lebih ramai peniaga melakukan transshipment di Sabah, justeru itu menambahkan peluang pekerjaan dan memantapkan ekonomi tempatan. ”

Keempat, menurut laporan Bernama, dalam peruntukan keseluruhan RM267.2 bilion,  RM29.2billion diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak, iaitu 10.9%, ini adalah tidak mencukupi bagi Sabah dan Sarawak yang  masih mundur. Jika dibahagikan separuh, Sabah hanya mendapat 5 hingga 6% peruntukan, ini menunjukkan kerajaan tidak berazam untuk mempercepatkan pembangunan Sabah dan Sarawak, malah mengabaikan pembangunan Sabah dan Sarawak.

Kelima, menurut anggaran JKR Sabah, setiap tahun Sabah memerlukan RM2billion untuk memperbaiki dan membina jalan raya, tetapi bajet pada kali ini telah mengurangkan peruntukan kepada JKR Sabah dari RM432juta tahun lalu kepada RM425juta pada kali ini, terutamanya bajet bagi projek pembinaan jalan raya yang besar telah dikurangkan daripada RM70juta kepada RM20juta. JKR Sarawak pula ditambahkan peruntukan hampir RM100juta, peruntukan tahun lalu RM194juta telah ditambahkan kepada RM281juta, ini mungkin disebabkan Sarawak akan mengadakan pilihanraya negeri pada tahun depan.

Secara perbandingan, belanjawan alternatif yang  dibentangkan oleh Pakatan Harapan lebih prihatin dan mendekati Sabah dan Sarawak. Dalam belanjawan alternatif Pakatan Harapan, peruntukan kepada perbelanjaan pembinaan kereta api laju KL-Singapura akan diagihkan semula kepada pembinaan landasan kereta api di Sabah dan Sarawak, ini menunjukkan keprihatinan Pakatan Harapan kepada Sabah dan Sarawak, dan berhasrat untuk mengimbangkan pembangunan di antara Semenanjung dengan Sabah Sarawak selepas mendapat kuasa pemerintahan.

“Walaubagaimanapun, saya mengalu-alukan beberapa dasar yang dibentangkan dalam bajet ini, seperti RM20juta diperuntukkan untuk membina pelabuhan minyak sawit di Sandakan, sistem bas ekspres di Kota Kinabalu, dan peruntukan kepada SESB telah ditambahkan kepada RM327juta daripada RM147juta, diharapkan peruntukan ini benar-benar dapat membantu mengatasi masalah elektrik Sabah.”

“Kesimpulannya, saya tidak dapat melihat berita gembira dalam bajet ini, dan tidak dapat melihat ia dapat membawa perubahan kepada negara, membahagiakan rakyat.”




No comments:

Post a Comment