OLEH: CHARLES P ANDIANG
KOTA KINABALU:- Pihak pengurusan telah
mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak editorial portal The Sabah Insider.Net di Ibu Pejabat kelmarin bagi membincangan
mengenai perlantikan seorang sebagai pengerusi Lembaga dalam menerajui portal
ini.
Jun Pacifico@Abdullah selaku Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) The Sabah Insider. Net dalam satu kenyataan sejurus selepas
mengetuai perbincangan itu berkata salah seorang wanita yang bakal dicalonkan
untuk memegang jawatan tersebut ialah Dato Seri Kemellia Hassan.
Bagaimanapun kata Jun
pihaknya setakat ini belum lagi menghubungi Kemellia yang dia adalah bakal
Pengerusi Lembaga kepada portal yang baru berusia setahun 4 bulan itu.
Ditanya kenapa pihak Sabah Insiden akan
mencalonkan Kemellia untuk memegang jawatan Pengerusi Lembaga Jun menjelaskan
ini dilihat dari latar belakangnya memang layak dari segi pendidikan akademik
Kemellia mempunyai Ijazah Luar Negara.
Disamping Kemellia mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang agak matang walaupun baru berusia 27 tahun beliau juga merupakan
seorang aktivis masyarakat yang memang tidak asing lagi di negeri ini yang
banyak melibatkan aktiviti social amal jariah yang telah disumbangkan kepada
anak-anak bangsa, dan agama” jelas Jun lagi.
“Saya harap Dato Kemellia jika ditawarkan
untuk menjadi Pengerusi Lembaga kepada Sabah Insider dia tidak keberatan untuk
menerimanya untuk memikul satu lagi tanggungjawab” Ujarnya.
Untuk makluman The Sabah Insider yang baru
berusia setahun 4 bulan masyarakat di Negara ini yang telah membaca portal ini
setakat ini berjumlah 70,332 ini berjaya menembusi pasaran di Singapura, Brunei
dan Indonesia tidak termasuk di Negara-negara luar yang melayari laman
sesawang: sabahinsider14@blogspot.com
No comments:
Post a Comment