OLEH: MEDIA KHAS DAP
BARISAN PEMIMPIN IMPIAN SABAH DAP DIKETUAI STEPHEN WONG
PENDALAMAN:-
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah
telah melawat ke kawasan pedalaman Keningau pada 5 Oktober 2015 dalam lawatan
itu telah mendapat sambutan hangat
daripada penduduk tempatan.
Dimana
rombongan tersebut Sabah telah meninjau
ke 5 buah kampung di Mukim Bunga Raya,
dan berjumpa dengan kira-kira 200 penduduk kampung, sambil itu memantau dan merasai masalah dan
kesusahan yang dihadapi oleh penduduk kampung.
Menurut
ketua kampung, sejak penubuhan negara selama 52 tahun sehingga kini, kawasan
mereka tidak dilengkapi dengan bekalan air, kini hanya bergantung kepada air
hujan dan membeli air dari luar.
jika
tiada hujan, kampung mereka akan mengalami masalah ketiadaan air atau kemarau
dalam pada itu Ketua kampung berkata,
paip bawah tanah tidak dapat dipasang kerana kekurangan sumber, 3 ribu lebih
penduduk dari 5 buah kampung ini hidup dalam kesusahan selama ini.
Lawatan
tersebut diketuai oleh penyelaras Impian Sabah merangkap Timbalan Pengerusi DAP
Sabah Stephen Wong juga merangkap Ahli
Parlien Sandakan turut hadir termasuk
Naib Pengerusi DAP Sabah merangkap ADUN Sri Tanjong YB Chan Foong Hin,
Bendahari DAP Sabah Tan Lee Fatt, pengarah pendidikan politik DAP Sabah Ginger
Phoong, AJK Fung Thien Yein, Robert Penggai dan pemimpin DAP Keningau Peter
Saili.
Impian
Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Publisiti DAP merangkap MP Petaling Jaya
Utara YB Tony Pua, telah berjaya mengumpul derma melalui majlis malam pengumpulan
dana dan aktiviti derma melalui Internet.
Dalam aktiviti derma melalui Internet sempena
hari jadi 43 tahun beliau baru-baru ini, telah berjaya mengumpul dana melebihi
RM1.6 juta, digunakan untuk projek pembangunan infrastruktur bersekala kecil di
Sabah dan Sarawak.
Wong
berasa amat sedih dan tidak berpuas hati apabila mengetahui penduduk kampung
tersebut mengalami kesengsaraan ketiadaan bekalan air disaluran oleh kerajaan BN mengeksploitasi dan meminggirkan
penduduk kampung tersebut selama setengah abad, ini amat tidak adil.
Ini
kerana air merupakan keperluan asas, dan juga tanggungjawab asas kerajaan,
tetapi kerajaan gagal membekalkan air kepada rakyat, ini menunjukkan kerajaan
lalai dan tidak berkebolehan dalam mengatasasi segala masalah rakyat.
“Tambahan
pula, dalam abad ke 21 ini, masih terdapat banyak kampung yang tidak dibekalkan
air, ini tidak patut berlaku, dan kerajaan ini masih melaung untuk menjadi
negara maju menjelang tahun 2020.”
Beliau
juga mengutuk keras ahli parlimen Keningau merangkap Timbalan Ketua Menteri
Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang selaku Menteri Pembangunan
Infrastruktur, setelah bertahun-tahun menjadi wakil rakyat, masih tidak dapat membela
nasib penduduk kampung dan gagal membekalkan air kepada pengundi beliau, ini
amat gagal sekali! Tambahan pula, bekalan air merupakan hak kuasa kerajaan
negeri, setiap tahun diberikan peruntukan melebihi 1/5 daripada seluruh bajet
negeri, iaitu sebanyak berbilion-bilion ringgit, namun penduduk kawasan
pedalaman tidak disambungkan dengan sumber air yang paling asas, ini
menunjukkan kerajaan tidak melaksanakan tugas dan peranannya dengan baik selama
ini.
Wong
berkata, konsep dan prinsip DAP adalah kesaksamaan dan kesatuan masyarakat,
walaupun parti pembangkang tiada sumber yang banyak seperti kerajaan, tetapi
melalui sokongan dan semangat tolong-menolong antara rakyat, dermaan daripada
rakyat dapat membantu untuk memasang paip air bawah tanah untuk kampung
berkenaan.
Penyelaras
Program Impian Sabah YB Stephen Wong akan mengatur para sukarelawan program
tersebut untuk memantau ke kampung berkenaan dan membuat perancangan projek
pemasangan paip air, setelah pengiraan jumlah bajet dan perancangan disiapkan,
maka keputusan selanjutnya akan dibuat. Beliau berjanji kepada penduduk kampung
bahawa akan mempercepatkan proses tersebut, supaya penduduk kampung mendapat
bantuan yang sewajarnya seawal yang mungkin. Wong juga berkata akan mengkritik Pairin
yang lalai melaksanakan tugas dalam sesi persidangan parlimen ini.
Selain
itu, ADUN Sri Tanjong YB Chan Foong Hin juga berkata, DAP memberi bantuan tanpa
mengira warna kulit, kaum, tempat atau agama, melaksanakan kesaksamaan supaya
setiap orang mendapat kehidupan yang baik dan bermaruah. Kesaksamaan bermaksud
setiap orang dapat menikmati kemudahan asas, tidak kira di bandar atau kampung,
semenanjung atau Sabah Sarawak, orang Cina atau Kadazan, semuanya mendapat
layanan yang sama rata, inilah prinsip dan semangat DAP.
No comments:
Post a Comment