OLEH: ISMAILY BUNGSU
POLITIK di Sabah tidak
seperti di Semananjung. Yang di Semananjung siap berani membantah dengan slogan
"lawan tetap lawan" membujur lalu melintang patah.
Sabah ini agak lain
sedikit, meski berkobar semangat juang tetapi akan patah di hujung jalan bila
mereka melihat ada habuan dan ini cukup mengecewakan.
Orang Sabah ini dimiskinkan
no satu oleh BN dan bila hidup dalam kemiskinan maka wang habuan di masa
election cukup bermakna dan bererti meski sedikit dan jelasnya tangki biru dan
BR1M telah menutup mata mereka dan terus mengatakan BN cukup baik.
Sepatut orang sabah guna
falsafah " Duit ambil, Undi Harapan Pakatan" segalanya demi sabahan.
Jelas kita ini di Sabah
macam dikasihnya pisang tetapi "Burit dikait dengan duri". Inilah
keadaannya dan untuk mendidik bangsa kita jadi faham dan mengerti memang sukar
sedikit terpaksa dilakukan secara evolusi perlahan-lahan dengan bantuan Allah
mudah2an kita berjaya.
Mereka yang tinggal di
Selangor dan Pinang serta Kelantan jenis yang bijak dan mereka tidak akan
terpengaruh dengan habuan sebab mereka tahu sumbangan sedikit kepada rakyat
untuk tutup mata tetapi berjuta2, malah bilion ringgit masuk ke poket menteri
yang berkuasa yang akhirnya rakyat juga menderita dengan kos hidup yang tinggi
cukup menyakitkan hati.
Di Sabah ini memang banyak
cara BN lakukan untuk pertahankan kuasanya. Mereka gunakan segala macam jentera
termasuk jabatan/agensi kerajaan untuk mempengaruhi pengundi di ulu2 yang tidak
terdedah dengan fakta sebenarnya.
TV dan Utusan memutar-mutar
fakta dan menipu fitnah dan itu sebab bila diheret ke Mahkamah ternyata mereka
salah dan kesannya asyik membayar saman dan ini sudah jelas BN parti yang
berusaha memesongkan fakta agar rakyat terpengaruh.
Memang jelas bahawa selagi
kita gagal menendang BN/UMNO dari Putrajaya maka selagi itulah rakyat Malaysia
akan terus kena tipu oleh atasan yang berkuasa dan untuk menghumban BN, kita
mesti bersatu tenaga menangi kerusi MP MESTI lebih dari 112 kerusi dan jika
gagal makna kemenangan di manapun tidak bererti dan samalah seperti sekarang
ini BN terus berkuasa.
Makanya jalan terbaik
termasuk di Sabah dan di Semananjung serta Sarawak sekaligus mesti bersatu
tenaga untuk melawan BN secara "satu lawan satu".
Jangan lupa dimusim
election lalu PR yang sekarang dinamakan Harapan Pakatan telah memenangi 52%
undi rakyat Malaysia dan BN hanya memperolehi 42% undi. BN hanya berkuasa kesan
menangi kelebihan 33 kerusi MP.
Nah, dengan cara kita
bersatulah kita bakal beroleh kejayaan untuk membenamkan BN di PRU mendatang
dan jika sebaliknya maka seperti kata orang bercerai kita musnah dan bersatu
kita jadi hebat dan bergaya.
HARAPAN PAKATAN parti
nasional memang jenis terbuka dan siap akan berkerjasama dengan semua parti di
mana-manapun.
Rundingan demi rundingan
perlu diadakan dan untuk sementara ini usaha lupakan kepentingan diri untuk
menjadi calon/YB dan terpenting kita bersatu mem"bantai" BN di
election akan datang.
Selamatkan Malaysia!
Selamatkan Malaysia!
Selamatkan Malaysia
BN mesti tumbang!
Mesti tumbang!
Mesti!
Selamatkan Malaysia!
Selamatkan Malaysia
BN mesti tumbang!
Mesti tumbang!
Mesti!
No comments:
Post a Comment