OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Ekoran salahguna kuasa pihak anggota Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran
Sandakan (MPS) dalam menjalankan tugas khususnya dalam mengeluarkan saman
sembarang saja telah menjadi satu isu.
Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong memandang serius terhadap;prilaku para petugas
unit penguatkuasa sehingga masyarakat
awam menjadi mangsa keadaan dari itu pihak penguatkusa harus memantau dengan
sebaik-baiknya.
Wong
mendedahkan bahawa, terdapat pemilik kereta yang tidak pernah menerima saman
trafik dan sebarang notis atau surat pemberitahuan sebelum ini, mendapati
banyak saman yang tidak dibayar semasa menyemak di unit bayaran parkir MPS.
Gambar Hiasan Sahaja
Wong
berkata, hasil penyemakan pemilik kenderaan tersebut, beberapa saman berkenaan
adalah dikeluarkan oleh orang yang sama, dan yang paling keterlaluan ialah
saman juga diberikan ketika pemilik kenderaan berkenaan tidak berada di
Sandakan.
Wong
berkata demikian selepas menerima aduan daripada pemilik kenderaan, dan meminta
pihak MPS memberi penjelasan.
Kata
Wong, pemilik kenderaan tersebut pernah membuat aduan dengan MPS terhadap
perkara ini, tetapi tidak dilayan, oleh itu dikatakan bahawa pihak MPS tidak
adil dalam melaksanakan tugas, dan disyaki terdapat pihak yang menyalahgunakan
kuasa dalam pengeluaran saman.
Wong
berpendapat bahawa, MPS patut memantau anggota penguatkuasa supaya jangan
salahgunakan kuasa, dan meminta MPS memberi penjelasan terhadap isu bas sekolah
yang disaman kerana letak kereta di luar pasar Kim Fung sebelum ini.
Beliau
menegaskan bahawa, Pejabat Ahli Parlimen DAP Sandakan amat prihatin dengan isu
anggota penguatkuasa menyalahguna kuasa dalam pengeluaran saman, dan akan terus
menyusul perkara ini.
No comments:
Post a Comment