OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Kedua kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Liang Teck Meng Setiausaha Agung
Parti Gerakan dan Dato Ti Lian Ker Ketua
Biro Agama dan Harmoni MCA pada 30hb September 2015 yang menyalahkan DAP
hijacked Perhimpunan Bersih adalah di wajar,
Kenapa mereka berdua memandai-mandai menyuruh DAP meminta maaf kononnya menghasut kebencian kaum.
Timbalan
Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong
(gambar) mengutuk sekeras-kerasnya
berhubung dengan kenyataan pemimpin MCA dan Gerakan Wong menyifatkan mereka berdua sebagai
kebudak-budakan dan bebal.
Wong
yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata
selanjutnya Perhimpunan
Bersih diiktirafkan sebagai
perhimpunan tidak mengira kaum, dan tiada
sebarang unsur “Hijacked” atau
dipolitikan.
“Saya
amat kesal sekali kenyataan kedua-kedua
pemimpin itu telah jelas menujukkan mereka bertujuan tidak lain tidak bukan
mahu dan sengaja membangkitkan isu lama
untuk membantu UMNO bagi menyemarahkan isu perkauman.” Ujarnya.
Disamping
itu Wong mengkritik kedua-dua pemimpin MCA dan Gerakan
tersebut tidak mengutuk perhimpunan baju merah yang hanya disertai satu kaum
sahaja, dan banyak kain rentang yang mengandungi perkataan menghasut kedendaman
kaum, manakala pemimpin UMNO juga mengaku bahawa ia adalah perhimpunan yang
rasis, MCA dan Gerakan sebagai wakil masyarakat Cina di dalam Barisan Nasional,
sepatutnya menggesa UMNO minta maaf, bukannya DAP yang seharusnya meminta maaf!
Beliau juga
menempelak Liang dan Ti membantu rombongan baju merah, mengatakan bahawa
perhimpunan Bersih menyinggung dan memprovokasi emosi orang
Melayu untuk bertindak balas, pada hakikatnya mereka yang tidak mengenal mana
yang betul dan salah, memihak kepada rombongan baju merah, ini menunjukkan MCA
dan Gerakan menjadikan dirinya sebagai hamba UMNO!
Beliau
menegaskan bahawa, perhimpunan Bersih adalah perhimpunan yang tidak mengira kaum,
walaupun terdapat segelintir peserta melakukan perbuatan yang tidak
bertanggungjawab, tetapi itu bukan matlamat dan tuntutan perhimpunan Bersih.
Jika ingin mentafsirkan sama ada perhimpunan tersebut rasis, maka harus bandingkan tuntutan kedua-dua perhimpunan tersebut. Liang yang selaku ahli Parlimen bersikap kebudak-budakan dan ingin mengelirukan rakyat, ini amat memalukan.
Jika ingin mentafsirkan sama ada perhimpunan tersebut rasis, maka harus bandingkan tuntutan kedua-dua perhimpunan tersebut. Liang yang selaku ahli Parlimen bersikap kebudak-budakan dan ingin mengelirukan rakyat, ini amat memalukan.
Wong
berkata, perhimpunan Bersih menuntut sebuah kerajaan yang telus, mengukuhkan
sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya bebas dan adil, menyelamatkan
ekonomi negara dan hak untuk berdemonstrasi, yang mana satu menghasut perasaan
dan perkauman? Tiada! Tetapi perhimpunan baju merah yang dikatakan
“mempertahankan maruah Melayu”, sebenarnya perhimpunan yang rasis, walaupun
dibantah oleh BN, tetapi UMNO membenarkan menteri dan pemimpinnya menyertai.
\
“Tidak
apa walaupun kedua-dua pemimpin ini memfitnah DAP, tetapi kenyataan mereka yang
mewakili masyarakat Cina ini, akan mengakibatkan kaum Melayu salah faham dan
benci dengan kaum Cina, menyusahkan kaum Cina.” Kata Wong lagi.
Wong
percaya bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua orang pemimpin ini,
tidak mendapat pengiktirafan daripada akar umbi MCA dan Gerakan. Ramai wakil
MCA dan Gerakan juga “putuskan hubungan” dengan Najib, dan mengutuk keras
rombongan baju merah yang rasis, kini kedua-dua pemimpin ini pula bertindak
bertentangan demi kepentingan dan jawatan sendiri, ini amat menyedihkan.
Wong
berkata, DAP tidak ada hijacked Perhimpunan Bersih, menyokong Bersih kerana
menginginkan kerajaan yang lebih baik dan telus, demi masa depan dan ekonomi
yang lebih baik untuk rakyat, ini tidak salah, dan tidak perlu memohon
kemaafan.
Tetapi di sebaliknya, MCA dan Gerakan membiarkan UMNO membangkitkan kedendaman kaum melalui perhimpunan yang rasis, ini bertentangan dengan undang-undang negara dan keharmonian kaum. Kerajaan BN tidak berupaya untuk membela nasib rakyat, BN harus meminta maaf kepada seluruh rakyat.
Tetapi di sebaliknya, MCA dan Gerakan membiarkan UMNO membangkitkan kedendaman kaum melalui perhimpunan yang rasis, ini bertentangan dengan undang-undang negara dan keharmonian kaum. Kerajaan BN tidak berupaya untuk membela nasib rakyat, BN harus meminta maaf kepada seluruh rakyat.
No comments:
Post a Comment