OLEH
KAMARUL ZAMAN
.
PETALING
JAYA:- Rentetan daripada kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor (tengah) mengenai masa depan beberapa pemimpin Umno, sumber berkata Tan
Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bakal digantung keahlian Umno sebelum parti itu
berhimpun Disember ini akan menjadi realiti.
Umno
bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Shafie Abdal sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata
sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak
berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6
bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti UMNO itu.
Sumber
parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas
pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan
dilakukan Muhyiddin.
Langkah
ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno
semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan,
keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan
bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.
Antara
kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai
1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi
Najib walaupun penjelasan sudah diberi.
"Muhyiddin
akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di
kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian
sayap nanti.
"Kertas
pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber
itu kepada The Sabah Insider.
Dengan
penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan
memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata
sumber.
Ketua
Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin
membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.
"Tan
Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah
dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju
untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang
dikatanya.
"Orang
sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap
lain," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat
MT terakhir 9 September lepas.
Jamal
juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram
termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar
tindakan diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.
"Memang
kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka
yang berada dalam parti dan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ seperti dalam
ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil
tindakan.
"Majoriti,
semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat,
gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti," kata Jamal merujuk
kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.
Bagaimanapun,
Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar,
kanan) menggesa isu "gunting dalam lipatan" dijelaskan dan didedahkan
supaya ahli tahu siapa dimaksudkan Najib.
"Kita
tidak tahu siapa gunting dalam lipatan, keputusannya kita memang tidak mahu ada
gunting dalam lipatan dalam Umno.
"Kita
tidak tahu yang dimaksudkan, jadi perdana menteri kena jelaskan betul-betul
siapa yang dimaksudkan terutamanya dengan kenyataan yang hebat semasa bajet, semasa
dalam Parlimen,” kata Aziz yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.
Rabu
lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7
pemimpin itu berisiko digantung kerana memecah belahkan parti.
Beliau
yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, ia
akan dibentang kepada Majlis Presiden sebelum lembaga presiden Umno membuat
sebarang keputusan.
"Sepanjang
tempoh itu kita akan gantung keahlian mereka," katanya.
Selain
Muhyiddin, Aziz juga dikatakan berada dalam senarai 7 nama diwar-warkan Ku Nan
itu.
"Tengku
Adnan perlu segera ambil tindakan jika benar ada 7 orang pemimpin itu,"
kata Aziz.
Aziz
berkata, langkah itu adalah yang terbaik jika Umno merasakan ia dapat menggembalikan
kestabilan kepada
.
Bagaimanapun
Aziz menjelaskan, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu jika mahu
mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin dan mana-mana daripada 7
pemimpin itu.
"Pertama,
kenal pasti kesalahan dan kedua, bawa ke Lembaga Disiplin. Kemudian MT perlu
membuat keputusan sama ada menyokong tindakan diambil atau tidak... tidak kisah
sama ada pecat, gantung atau diberi amaran," terangnya.
Sementara
Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar tidak melihat langkah
mengambil tindakan ke atas Muhyiddin satu tindakan yang dapat memberi kelebihan
kepada parti Melayu itu.
Hamidi
sebaliknya mencadangkan Umno mengadakan pemilihan semula jika benar-benar mahu
menyelesaikan kemelut tanpa menyebabkan kesan lebih buruk.
"Adakan
saja pemilihan tahun depan, kalau akar umbi tidak suka, kita boleh tolak
Muhyiddin dan ganti dengan yang lain.
"Rasanya
akar umbi akan akur dengan cara macam itu. Kalau kita merasakan yang lama
bagus, kita pilih, tapi kalau rasa tidak bagus kita ganti dengan orang
lain," katanya.
Pemilihan
Umno ditangguh selama 18 bulan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14).
Ahli
MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tidak tahu mengenai 7 orang
dimaksudkan Ku Nan.
"Saya
tidak ada dengar mengenai itu. Saya tidak mempunyai sebarang info walaupun
setiausaha agung adalah kawan baik saya.
"Ada
orang cakap-cakap mengenainya (7 orang digantung), tapi saya tidak tahu,"
kata Shahidan semasa ditemui di Parlimen pada Khamis.
Najib
ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak mengambil alih tampuk
pemerintahan, diserang dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Beliau
merombak Kabinet pada Julai lalu, langkah dilihat meneutralkan pengkritik dalam
kerajaan, akan tetapi, Muhyiddin kini meneruskan kritikan terhadap Najib dari dalam
Umno.
Kata sumber itu jika ramai
ahli-ahli UMNO yang digantung ekoran Najib rasa tidak puas hati kerana terlibat
mengkritik 1MDB dan RM2.6 Billion itu dan UMNO jelas pada PRU14 nanti akan
terjejas sokongan orang-orang UMNO terhadap perjuangan UMNO mereka akan beralih
ke Parti Amanah Negara (PMN) salah satu sebabnya mereka yang disingkir daripada
UMNO mereka akan keluar beramai-ramai meninggal UMNO/BN pada masa terdekat ini.
Sabah Insider difahamkan
orang pertama yang bakal meninggalkan UMNO ialah Tan Seri Muhyiddin Yassin
kemudian disusuli oleh Datuk Mohd Shafie
Abdal, parti mana yang mereka akan menyertai itu nanti belum diketahui lagi
sebab masih terlalu awal buat ramalan.
Sebilangan rakyat Sabah
disebelah pantai Timur mengharapkan Shafie Abdal supaya menyertai PKR atau
Amanah kerana kedua-dua parti itu kini telah mendapat tempat di hati pengundi
di Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Kalau masyarakat Cina,
Kadazan, Murut, Dusun di Sabah memang telah menolak mentah-menyah kerajaan BN
pada PRU14 nanti begitu juga masyakat di Sarawak khususnya bangsa Dayak,
Melanau, Iban, Bidayu dan Cina telah menolak BN ini jelas BN akan tersungkur
pada PRU14 nanti
See more at: http://www.sabahinsider14.blogspot.com
No comments:
Post a Comment