OLEH: SHAIMOBN S
JUMADI
TINJAU....Masiung bersama penduduk kampung meninjau projek ternakan ikan kolam
KUAMUT:- Pelbagai kaedah dan usaha untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar Bandar
selain bercucuk tanam.
Para belia yang duduk diluar Bandar tak perlu pergi ke Bandar untuk
mencari pekerjaan yang belum tentu boleh menjamin kehidupan dimasa
hadapan bagus
lagi tinggal di kampung usahakan tanah-tanah yang terbiar sama ada untuk
bercucuk tanam atau membuka kolam ikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut yang juga
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Masiung Banah bercakap kepada
media ketika beliau melawat dan meninjau tapak projek Kolam Ikan Tagal Kampung
Kotodon Entilibon Tongod dekat sini kelmarin.
Projek ternakan ikan tagal yang diusahkan oleh Persatuan Belia Kampung Kotodon Entilibon
jika diusahakan dengan sebaik-baiknya boleh menjana pendapatan ekomoni penduduk
setempat.
Katanya harga ikan air tawar sekarang dipasaran agak tinggi
berbanding dengan ikan air masin contohnya ikan Tapak, ikan Patin, Ikan Keli, Ikan
Haruan, Ikan Talapiya, Ikan Ubi dan Ikan Lampa Jawa harganya sekilo dipasaran boleh
mebcecah RM12.00 hingga RM30.00.
Kata Masiung lagi kerajaan akan sentiasa membantu mendapatkan
benih-benih ikan daripada Jabatan Perikanan selain itu mereka yang berhasrat
hendak menambah kolam ikan mereka boleh membuat pinjaman melalui bank-bank berkenaan.
“Saya harap projek ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh
para belia khususnya Kampung Kotodon Entilibon ini akan menjadi reality dan
belia contoh kepada kampung-kampung lain untuk mengikut jejak langkah membuka
kolam air tawat ini” jelas Masiung lagi.
No comments:
Post a Comment