MPS ABAIKAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS ANGIN PASAR KIM FUNG.....DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BERBINCANG....Wong sedang berbincang dengan pemilik gerai mengenai masalah yang sedang dihadapi
ELOPURA:-  Keadaan sekliling Pasar Kim Fung amat mengecewakan kepada para pemilik gerai tersebut  kerana banyak kemudahan-kemudahan asas seperti kipas angin dan lampu yang  rosak sekian lama diabaikan begitu saja oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  satupun tidak ada yang dibaiki.

“Di mana kah tanggunjawab pihak MPS terhadap  pemilik gerai tersebut bukan kah mereka setiap bulan menjelaskan yuran lesen kenapa segala kemudahan diabaikan” Tanya Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong semasa  membuat tinjauan  dan kunjungan mesra ke Pasar Kim Fung pagi tadi.

Wong merasa kesal sikap pegawai kerajaan khususnya pihak UPPM Kawasan Elopura  yang kurang prihatin dalam menjaga soal kebajikan para penjaja di pasar Kin Fung yang selama ini berdepan dengan masalah dimana  tugas Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Pemaju Mukin. Pemaju Masyarakat dan Penyelia Masyarakat kawasan Elopura sepatutnya mereka patut membuat pantauan keatas pasar Kim Fung.

Wong ditemani Pegawai Khas Amsi Liew Dayang Zubaidah, Sdr Derrick Yong, Pembantu Khas DUN Tanjung Papat Sdr Abdul Basith@ Ubah Sim-Sim, Sdr Jasman Japar Setiausaha Pengelola PKR Cabang Sandakan


No comments:

Post a Comment