GAMBAR
MENJUNKAN:- Kamal ( 4 dari kanan) bersama para tetamu lain ketika
menyempurnakan perasmian “Larian Untuk Keamanan” 2015 anjuran SGM di Padang
Bandaran Sandakan
OLEH: AZMIE AZMAN
GUM-GUM;-Larian
Untuk Keamanan” 2015 anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) yang diadakan di sini
Ahad lepas mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan
mencecah lebih 1,000 orang.
Perasmian
acara tersebut di Padang Bandaran Sandakan telah disempurnakan oleh Pemimpin
Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Kamal
M. Said yang mewakili ADUN Gum Gum merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan
dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.
Hadir
bersama dalam larian ialah Ketua Polis Daerah ACP Zabidi Md Zain, Pegawai
Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, AJK penganjur termasuk Harry Tong
serta Kalan Khoo.
Peserta
memulakan larian dengan menuju ke arah bandar dan Jalan Buli Sim-Sim, ke
kawasan Taman Grandview , Sanny Estate, Astana Heights. Mereka kemudian meneruskan
ke Jalan Istana menghampiri Sekolah Menengah Sung Siew, sebelum menuju ke Jalan
Singapura dan kembali ke Padang Bandaran Sandakan.
Larian
itu diadakan serentak dengan Kota Kinabalu.
SGM akan menganjur larian ini di 19 lokasi seluruh negara dalam bulan
September ini dan mensasar seramai 100,000 peserta. Acara ini akan
dilangsungkan di Lahad Datu, Tawau dan Keningau pada Sep 20.
“Larian
Untuk Keamanan” merupakan acara tahunan anjuran SGM di seluruh negara untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya hidup dalam dunia yang
aman dan damai.
No comments:
Post a Comment