INILAH WAJAH KUCING JANTAN YANG SEBENARNYA YANG MENGGIGIT KAKI SAYA....KATA SHAIMON.

BISIKAN DARI HATI KEHATI
SHAIMON S JUMADI

HANDSOME JUGA   NAMANYA MIMING.... Kucing Jantan yang
menggigit kaki  saya  sehingga 2 bulan terlantar di wad Hospital Duchess of Kent Sandakan.

PADA tanggal 14hb Julai 2015 hari ini dalam sejarah hidup yang amat menyedihkan sekali  kerana  seekor kucing yang saya bela selama empat tahun dikurung dalam bilik membesar selama 4 tahun juga sehingga kucing itu membesar dalam bilik bersendiri kerana takut gadui oleh kucing-kucing yang lain diluar sana.

Tepat jam 4.17 petang pada tarikh yang sama kucing jantan yang bernama Miming terlepas dari bilik itu dan dia keluar hendak bergadu dengan seekor kucing bernama si Besar (Baru Meninggal Dunia Tiga Hari Lalu kerana Selesma) tak sempat di bawa Klinik Haiwan.

SAYA jadi mangsa keadaan terlantar di Wad Hospital sambil dilawati olwh MP Sandakan YB Stephen Wong dan rombongannya




Apabila si Miming handak menyerang si Besar itu saya tangkap  si Miming yang lempar ke dalam bilik tapi dengan pantas diperpaling terus menerkam kaki saya sehingga dia tidak mahu melepasnya saya terjatuh kemudian isteri saya ambil air disiramnya baru terlepas gigitannya.

Saya menahan kesakitan isteri saya mengajak pergi ke Hospital bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan ejiksen anti baiotik tapi saya enggan menuruti saya hanya mengambi ubat tahan sakit hingga kehari esoknya kaki saya semakin membekak saya pergi keklinik 1Malaysia tetapi pihak Klini 1Malaysia enggan menerima dengan erti kata mereka dia mahu merawat kaki saya dengan alasan tiada tempat mencuci  saya balik kerumah.


Esoknya  kaki saya semakin sakit sehingga meresap kejantung saya lantas saya pergi ke klinik swasta  untuk mendapat rawatan dengan bayaran RM80.00 tetapi tak juga kurang sakitnya malam itu saya di bawa ke  hospital kecemasan  untuk mendapat rawatan lanjut lantas saya  terus di tahan mereka hantar ke wad aras 4 Hospital Duchess of Kent Sandakan tiga minggu saya dirawat kemudian saya discharged sehari baru berada dalam rumah malamnya saya mengalami sesak nafas kerana terlebih minum air paru-paru  saya dimasuki air kemudian saya di hantar kecemasan lantas saya ditahan dan dimasuki ke wad bangunan lama selama 5 hari untuk mendapat rawatan.

Setelah keluar dari wad hospital lebih kurang 4 hari berada dirumah  saya  ditahan lagi dan masuk ke wad aras 4 lagi untuk menjalani pembedahan yang ketujuh  kaki saya.


Dipendekkan cerita saya keluar masuk  Hospital mahu juga lima kali untuk mendapatan rawatan susulan kali terakhir saya dimasukan ke wad hospital pada 3hb September hingga 2hb Oktober 2015 lama juga

Kini saya berada di rumah namun si Miming tetap dikurung juga akan dipotong biji kontolnya dalam erti bahasa saintifiknya mahu dikebiri biar dia jadi pondan hanya makan tidur saja.


Hamdsome juga si Miming tetapi garang rupanya mirip anak Harimau.

No comments:

Post a Comment