OLEH: KAMARUL ZAMAN
SAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG.....Jika penyingkiran Muhyiddin dan kelompoknya daripada UMNO mereka bakal menyertai AMANAH atau PKR?
SAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG.....Jika penyingkiran Muhyiddin dan kelompoknya daripada UMNO mereka bakal menyertai AMANAH atau PKR?
PETALING JAYA:- Penyingkiran Timbalan
Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama kelompok gunting dalam lipatan dalam UMNO lantaran di mana Ketua UMNO Bahagian Sungei
Besar Datuk Jamal Mohd Yunus dengan sendirinya telah mengesahkan memang wujud
gerakan untuk menyingkir mereka pada masa terdekat ini akan menjadi reality.
Beliau
tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan
perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari
parti itu.
“Pendapat
peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam
usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran
berkenaan.
“Kalau
saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan
setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar
Harian.
menyifatkan
pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu
berlemah-lembut dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana
Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.
Jamal
bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah
kepada media.
“Saya
sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.
“Lihat
sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan
Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan
agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin
berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.
Difahamkan,
beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan
dilakukan melalui aplikasi Instagram.
Laman
sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian
bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri
itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan
kempen berkenaan.
Dalam
kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno
yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan
untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian
yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.
Sabah
Insider dapat maklumat yang boleh dipercayai sekiranya penyingkiran Muhyiddin
dan kelompoknya menjadi reality kemungkin
besar mereka akan menyertai parti pembangkang sama ada Amanah atau PKR.
Muhyiddin, Shafiee Abdal dan lain-lain yang menjadi mangsa penyingkiran itu
kemudian mereka menyertai parti Amanah atau PKR sudah tentu ini akan
memantabkan lagi perjuangan Harapan Pakatan iaitu Amanah PKR dan DAP untuk PRU14 nanti.
Kata sumber
itu seandainya Shafie Abdal menyertai PKR atau Amanah bilamana pilihanraya umum PRU14 nanti semua
kerusi ADUN dan Parlimen daripada kawasan DUN/Parlimeh Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tambisan bakal
menyaksikan disapu habis oleh
parti-parti pembangkang yang bertnding nanti.
No comments:
Post a Comment