OLEH:
SHAIMON S JUMADI

Daerah Sandakan ada beberapa
taman perumahan yang telah dikenal pasti tempat nyamok bersarang secara
besar-besaran disebabkan air bertakong.
Antaranya penduduk yang
sering keluar masuk hospital akibat jangkitan gigitan nyamok Aedes ialah
penduduk Taman Nam Tung Tanah merah, Taman Mesra, dan Taman Mawar ketiga-tiga
tempat ini sah tempat pembiakan nyamok Aedes secara besar-besaran.
Kementerian Kesihatan
Malaysia melalui Jabatan Kesihatan setempat telah memainkan peranan memerangi
habis-habisan untuk membunuh nyamok di mana tempat pembiakannya, dengan kaedah
melalui gotong royong untuk membersihkan tempat masing-masing.
Tidak cucup hanya sekadar
gotong royong sahaja diadakan saban minggu yang dianjurkan oleh badan NGO-NGO
yang berkenaan jika masyarakat dan penduduk itu sendiri yang pandai menjaga
kebersihan disetiap sudut tempat.
Memang sudah menjadi satu
budaya kepada penduduk membuang sisa-sisa makanan dan sampah sarap ke dalam
saliran parit dan punca inilah sebab utama parit-parit banyak yang tersumbat
bahkan air bertakong situlah mulanya tempat nyamok bersarang. Begitu juga
pastikan pasu-pasu bunga kerap kali diganti airnya ini megelakan nyamok bertelur.
No comments:
Post a Comment