WAJAR PELANCONG ASING DIBERI GARIS PANDUAN YANG TINGGAL DI RESORT.....KATA KEMELLIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
AZMIE AZMAN

TAWAU:- Cadangan  meletakan garis panduan kepada setiap pelancong luar yang datang ke Sabah sepatutnya lama sudah dibuat oleh pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sabah agar tidak timbul perkara-perkara songsang yang dilakukan oleh segelintir pelancong seperti berbogel di satu-satu tempat.

“Saya amat setuju cadangan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Sabah Datuk Hj Masidi Manjun yang mahu semua pemilik pusat-pusat pelancongan seperti resort yang terletak di kawasan pulau  mengeluarkan garis panduan kepada para pelancong yang ingin tinggal diresort-resort berkenaan” Kata seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Peduka Kemellia Hassan dalam satu kenyataan hari ini.




Katanya lagi dengan adanya garis panduan itu para pelancon asing yang memasuki negeri ini tidak sesuka hati melakukan perkara-perkara songsang yang boleh mencemar nama baik Sabah dan sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat Sabah.



“Saya harap tindakan pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sabah akan menjadi kenyataan dapatlah mengeluarkan garis panduan kepada para pemilik taman-taman peranginan dan resort-resort berkenaan” jelasnya

No comments:

Post a Comment