OLEH: AZMIE AZMAN
SANDAKAN:-
Tanah yang terletak di Batu 7 hingga
Batu 9 Jalan Labuk seluas 3.2km yang
telah digunakan untuk projek pelebaran jalan raya kini pemilik tanah tersebut telah membuat tuntutan pembayaran
keatas baki pampasan.
Kini
dikhabarkan bahawa pemilik tanah
tersebut masih belum menerima 25% baki bayaran pampasan walaupun projek tersebut
telah tamat selama 10 tahun lalu.
Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong
yang prihatin dengan perkara ini, berjumpa dengan pihak syarikat jurukur di
Kota Kinabalu pada 6 October bagi meminta penjelasan berhubung dengan isu
pembayaran baki tersebut.
Dalam
perbingan tersebut dimana pihak syarikat tersebut telah berjanji dengan Stephen
Wong untuk menyerahkan laporan pengukuran kali ketiga kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
Wong
berkata, projek jalan raya tersebut telah siap pada tahun 2005, kini telah 10
tahun lamanya tetapi pemilik tanah masih
belum dapat 25% menerima baki pampasan
tersebut.
Kata
beliau, sebelum projek dijalankan, penghuni dan pemilik tanah di sepanjang
jalan tersebut telah mendapat 75% pampasan tanah, baki sebanyak 25% sepatutnya
dibayar selepas projek siap.
Wong
menjelaskan lagi setelah menerima aduan daripada 5 orang pemilik tanah yang
terlibat, beliau telah menghantar 3 pucuk surat kepada Jabatan Tanah dan Ukur
Sabah sejak 8 Mei tahun ini, menyoal dan menyusul masalah baki pampasan
tersebut.
Kata
Wong, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah membalas kepada syarikat jurukur jalan
berkenaan pada 28 Mei, menggesa syarikat berkenaan menangani masalah tersebut,
tetapi syarikat jurukur berkenaan tidak memberi sebarang balasan atau
penjelasan.
Pada
kali ini, Wong mengunjung ke syarikat jurukur tersebut, iaitu Jurukur Swasta
Sdn Bhd, dan berjumpa dengan jurukur Terry Leong untuk menyusul perkara tersebut.
Wong diberitahu bahawa sebelum ini syarikat
tersebut telah mengemukakan laporan pengukuran kepada Jabatan Tanah dan Ukur
Sabah sebanyak 2 kali, tetapi telah ditolak atas sebab terdapat pembangunan
yang baru, pelan pengukuran harus dibuat semula, dan ini melewatkan laporan
pengukuran tersebut.
Wong
berkata, jurukur tersebut juga telah berjanji untuk menyerahkan laporan
pengukuran kali ketiga pada hari esok.
Dengan
itu Wong tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan yang lewat menangani masalah
tersebut, tambahan pula sebahagian jalan tersebut telah rosak. Beliau menggesa
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengatasi masalah berkenaan dengan serta merta.
“Kerajaan
belum menjelaskan pampasan tanah tersebut selama 10 tahun, sepatutnya membayar
kadar faedah kepada pemilik tanah yang terlibat.” Tegas Wong.
No comments:
Post a Comment