(pancing yb pemerintah untuk sesuatu)
DI sekitar kita ramai sangat penulis. Ada yang baru menulis dan
ada yang sudah lama bergiat. Ada suka-suka saja dan ada pula yang serius dan
ada pula hanya sesekali menulis.
Yang
jelas ada penulis yang kerja di jabatan kerajaan seperti setiausaha akhbar
menteri dan kerjanya memang menulis hal-hal kegiatan pak menteri termasuk apa
yang pak menteri ucapkan.
Biasanya setiausaha akhbar itu ikut perintah sebab digaji dan
jika apa yang diarah itu salah dan penulis tulis juga maka siaplah menjadi
beban dosa.
Yang demikian mereka itu jenis bergaji bulanan dan kena ikut
perintah PRO kerajaan dan ada pula yang hanya menulis dan YB-YB berkenaan kasih saguhati dan begitulah.
Ada pula penulis yang tidak terikat dan biasanya mereka ini
menulis kritik kerajaan dan bila YB pemerintah tahu, lalu ianya didekati dan
diarah menulis itu dan ini dan akhirnya kala dulu ia selalu hentam kerajaan dan
kesan ada habuan lalu ia korbankan perjuangannya dan yang begini namanya
penulis upahan yang macam lalang hidupnya.
Memang ada di sekitar kita ini dulu bukan main hentam BN dan
sekarang dia puji pemerintah setengah mati, apa lagi kalau dapat projek yang
menyebabkan dia kaya raya. biasalah penulis suapan macam cacing kepanasan yang
selalu berubah-rubah caranya bertindak.
Ada penulis yang betul-betul ikhlas dan menulis kritik siapa saja tanpa
upah sebab dalam otaknya hanya pertahankan dan perjuangkan kebaikan semata
kerana Allah.
Orang semacam ini meski
dibunuh atau kena penjara atau disuap dengan wang tidak akan tunduk dan ini
memang penulis sejati demi rakyat kerana Allah.
Memang sukar mencari penulis yang telus dan berani, yang ramai
penulis upahan yang niatnya dapatkan wang semata untuk hidup bergaya.
ingat kala kita mati ada 3 perkara yang boleh bantu kita, iaitu
amal jariah, anak soleh doakan orang tua dan ILMU. Ilmu maksud di sini ialah
menulis sesuatu demi kebaikan atas nama Allah.
Selamat menulis
ULASAN EDITOR
Saya amat menyokong apa yang diutarakan
oleh saudari Nurliyanah Abdullah dalam tulisannya Penulis Yang Memancing.
Sebagai seorang penulis mestilah jujur dan
ikhlas kalau dapat sagu hati daripada mana-mana pihak kalau diberikan kita
terima itu namanya rezeki.
Tetapi jangan meminta jangan mengharap
setiap tulisan yang telah berhasil semestinya mendapat ganjaran siapa kata
orang tak mahu duit bohonglah saya kalau
orang itu dibagi habuan seperti duit orang itu menolaknya.
Jadi seseorang penulis seelok-eloknya
Flexible tidak bias menulis mengikut keperluan saja, memang benar apa yang
dinyatakan oleh Nurliyana ada orang jadi penulis suka memuji seseorang itu amat
keterlaluan contohnya puji-puji kerajaan
BN/UMNO apa lagi kalau dapat projek.
Bagus jadi penulis bersikap
kesedarhanaan saja kalau hendak memujipun tengok kewibawaan seseorang itu bukan main hentam keromohnya
baru sejengkal jadi pemimpin kerana mendapat upahan yang lumayan puji
habis-habisan dalam tulisannya
Betul kata Nurliyanah jadi seorang
penulis atau lebih jelasnya jadi wartawan jangan terikat dengan mana-mana pihak
bebas atau disebeut Neutral and Flexible
No comments:
Post a Comment