CORETAN DARI MEJA: Ismaily Bungsu
UMK
: RAIH 3 ANUGERAH
( amaran pertama/pertama sertai festival)
( amaran pertama/pertama sertai festival)
TIKA saya menerima skrip
hantaran prof Andika berjodol Perkahwinan karyanya penulis Russia bernama
Nikoli Gogol terfikirkan bahawa skrip komdi bukan sesuatu yang mudah sebab
teater komedi memerlukan kesungguhan/keseriusan.
Agak
lama juga saya berfikir dan ulang2 baca skrip itu meski sudah saya baca dalam
tahun 1980 kala di jakarta bersama skip "waiting for Godot"
Tika
petama saya di universiti Kelantan, malam pertama latihan dan malam itu saya
berkata sendirian "INI KALILAH" cuma saya tidak perlihatkan kegusaran
saya dan tetap saya katakan TATAP HEBAT.
Malam
pertama itu saya fokaskan ngajar pelakon2 lelaki sahaja dari segi VOKAL dan
akting tetapi kesan bahasa diguna bahasa Kelantan, maka sekali lagi saya jadi
pening dan tetap juga saya katakan TATAP HEBAT, padahal dalam hati derita
terasakan didiamkan terus.
Hari
selanjutnya latihan di Kampus Jeli yang kira2 sekitar dekat dua jam driving
dari Kampus di Bachok. Lagi bala dan saya lihat ada sedikit masalah bawa
pelajar2 ke kampus Jeli ketika itu tetapi alhamdulillah menjadi jua sudahnya.
Di
Jeli hari petama di sana, masih saya fokas bidang Vokal dan akting dan tidak
menyentuh hal muzik, lampu dan sebagainya.
Malam
kedua pula tak bisa berbuat apa2 kesan SET belum sedia selain terus baiki vokal
dan halusi akting aktor2nya.
Saya
melihat pelajar2 yang terlibat cukup mempelihatkan kerjasama yang baik sekali
dan itu memudahkan kerja2 kawan2 yang bertanggungjawab dan ini barangkali
pelajar2 itu jenis yang baru saja melibatkan diri dalam dunia teater.
Rupanya
kala subuh itu saya perhatikan Adeel tidak begitu bersahabat kesihatannya/saya
jadi gusar susah hati dan ketika kami bawa ke resort tempat penginapan subuh
3am, tubuhnya panas pucat dan segera dikejarkan ke hospital Jeli dan di sana
Adeel ditahan dua malam.
Doktor
pakar hanya datang priksa setelah dua hari/masuk hari ketiga dan didapati sakit
KAWASAKI sejenis penyakit dari Jepun dan Andika bertengkar dengan doktor pakar
yang Adeel tidak dijangkiti sakit KAWASAKI. Tafsiran doktor pakar di Jeli itu
salah katanya Andika.
Memang
doktor itu palui.
Dari
hospital Jeli, Adeel dibawa ke hospital sultanah Zainab kedua di Kota Bahru dan
di sana dikaji oleh pakar yang Adeel dijangkiti penyakit Kuku/Kulit dan yang
berkenaan menjelaskan doktor di Jeli itu hanya main serkap jarang. susahlah ini
macam!
Ketika
Adeel beransur pulih, tiba2 Lina/Athilla yang menjaga pula tiba2 pengsan kesan
barangkali 4 malam tak tidur menjaga Adeel dan Athilla pula menjadi pesakit
diam di ranjang/kena tambah air ke tubuhnya.
Adika
saya perhatikan dalam keadaan susah hati dan saya usaha tenang meski saya
sendiri lagi gusar dan risau sangat. Risaukan Adeel dan risaukan teater
perkahwinan yang pemain2 kehilangan ibu ayah yang atur teater, tetapi saya
tenangkan Andika yang anwar Pisang dan Ween bisa selesaikan semuanya.
Tahu
kenapa Athilla pengsan? rupanya kena KERACUNAN MAKANAN dan oleh sebab Andika
sama makan makanan sama, maka Andika juga ikut sakit cuma TAHAN LASAK. Lagi
susah jadinya.
Nah,
Teater PERKAHWIAN jadi huruhara, saya yang malam balik ke Bachok tak melatih
malamnya kecuali lusanya kena ke Dewan Persembahan dan perhatikan latihan
penyesuaian pentas, sedang Andika/Lina tidak lagi ada waktu memikir teater.
Saya,
Anwar dan Ween ambil alih pantau keadaan tetapi dalam grup ada pula masalah
orang lain yang seolah maha tahu dan ini menjadikan anak2 jadi bingung entah
arahan siapa yang harus diikut.Tugas orang lain dia usaha campur, sedang tugas
diamanah tidak menentu. susah. Memang susah jadinya.
Anwar,
Ween jadi diam tetapi terus juga berkerja apa yang sepatutnya dan sebelum
persembahan sekitar 3 kali saya memberikan motivasi dan akhirnya khas untuk
semua aktor di belakang pentas untuk maksud konsentrasi.
Saya
katakan yang kami tak bisa merubah apa2 dan kejayaannya terserah sama pemain2
sendiri untuk melakukan sesuatu yang baik on stage nantinya.
Yang
saya pesan hati2 yang kerja belakang pentas seperti yang jaga lampu, muzik dan
lain2. Yang saya mahukan ialah bersihnya persembahan.
Sedih,
kala pementasan berlaku waktu pertukaran set meja, kerusi yang atur terlanggar
pintu dan kesannya kaki meja patah dan kala itu lampu sepatut dimalapkan tetapi
tak dilakukan sebab rupanya ada cahaya siang masuk jendela tidak terfikirkan
sebelumnya.
Kesilapan
lain ialah yang jaga muzik jenis lurus bendul tidak punya pengalaman urus muzik
teater dan lampu yang seharus ia sediakan 10 biji hanya dua digunakan dan
kesannya kemunculan pertama aktor dalam keadaan samar dan ini cukup melemahkan
persembahan.
Memang
banyak kecatatan yang saya perhatikan dan inilah pengalaman pertama tetapi membanggakan
kerana muncul naib juara menerima 3 anugerah sekaligus/sesuatu yang barangkali
di luar jangka anak-anak semuanya ketika itu.
Tahniah
meski skrip berat, tapi show cukup berjaya meski naib tetapi titik pertama
untuk nanti ke lantai JUARA dan juara selanjut. Perkahwinan yang dipentaskan
hanyalah satu amaran dan pelajar Universiti Malaysia Kelatan sudah mula
mempelihatkan taringnya dan sampai waktu siap akan dilahap semua piala
kemenangan.
Tak
percaya? ingatlah apa yang saya katakan ini!
No comments:
Post a Comment