Sorotan Dari Dato'Ameeruddeen:-
THE NEW YORK TIMES LAPORKAN TITAH MAJLIS RAJA-RAJA KE ATAS
SKANDAL 1MDB
BENAR-benar amat memalukan bilamana media luar, malah
media Amerika dapat laporkan isi penting titah Raja-Raja Melayu melalui
institusi tertua di Tanah Air ini iaitu Darbar atau Majlis Raja-Raja berhubung
skandal 1MDB.
Media kawalan UMNO seperti Utusan
Melayu tidak meletakkan titah tersebut di muka hadapan.
Sekarang satu dunia tahu
Raja-Raja Melayu telah persoalkan ketelusan siasatan 1MDB. Mempertahankan auta
1MDB adalah satu penderhakaan ke atas Raja-Raja Melayu.
Ketua Bahagian UMNO masih
taat kepada Raja-Raja Melayu dalam hal 1MDB?
Dalam laporan NYT ada dua butiran
penting:
1-KES WANG PENCEN KWAP
NYT telah berhubung dengan SPRM
bertanyakan kes wang pencen KWAP (~RM 27 juta) yang telah disalurkan melalui
anak syarikat 1MDB iaitu SRC International (kini di bawah MOF Inc.) yang
digunakan untuk kegiatan kebajikan dan juga dimasukkan ke dalam akaun peribadi
DS Najib Razak.
Pegawai komunikasi SPRM l, Datuk
Rohaizad menjelaskan kes ini masih dalam siasatan dan mereka perlukan saksi
utama iaitu Nik Faisal Arif Kamil yang ada kuasa mengurus selia keluar masuk
duit ke akaun peribadi DS Najib. Nik Faisal juga salah seorang pengarah SRC.
SPRM tegaskan mereka sudah ada
semua dokumen penting yang membolehkan siasatan di bawa ke muka pengadilaj tapi
saksi utama hilang. Kehilangan saksi ini teah dibangkitkan oleh mantan Timbalan
Pengarah Unit Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador yang mengatakan terdapat
"tangan ghaib" (yang lakukan pemindahan ke atas pegawai SPRM seperti
Datuk Bahri ke JPM) yang melindungi saksi-saksi penting kes wang pencen KWAP
antaranya saksi Jho Low dan Datuk Suboh Yassin. Datuk Hamid dahulu pernah
maklumkan bahawa saksi yang disorok ini ada di Indonesia dan New Zealand.
2-PENDERMA RM 2.6 BILION
Kalau di Malaysia, Sarawak Report
dikalangan jaguh yang pertahankan 1MDB dianggap pemfitnah besar. Tapi bagi
Akhbar no.1 Amerika, The New York Times, siasatan Sarawak Report ada nilai.
Oleh itu mereka memetik laporan Sarawak Report bahawa penderma yang dikatakan
bernama Saud Abdul Majid al-Saud adalah orang kaya Arab yang dongeng; tidak
wujud. Sarawak Report telah meneliti dokumen yang menjadi bukti butiran
"penderma" RM 2.6 Bilion yang terdapat di AmBank dan buat semakan
dalam keluarga diraja Arab Saudi: sah tidak wujud nama tersebut.
KESIMPULAN
Majlis Raja-Raja telah diberi
penerangan panjang lebar dan para baginda Sultan faham konspirasi menutup
siasatan yang adil dan telus telah menganiayai banyak pihak.
Majlis Raja-Raja ada kuasa
melantik (juga memecat) melalui wakil mereka iaitu Yang Dipertuan Agong:
1-
Perdana Menteri
2- Panglima Angkatan Tentera
3- Inspektor General Polis
4- Ketua Setiausaha Negara
5- Peguam Negara
2- Panglima Angkatan Tentera
3- Inspektor General Polis
4- Ketua Setiausaha Negara
5- Peguam Negara
Raja-Raja Melayu tidak sama
dengan Constitutional Monarchy Inggeris. Istilah "advise" atau
nasihat tidak sama kerana Raja-Raja Melayu tidak pernah lucut kedaulatan
seperti Charles I ketika zaman "Restoration" yang menatijahkan
"rump parliament" dan apa yang dikatakan sebagai "raja
berpelembagaan". Raja-Raja Melayu tidak pernah lalui proses yang sama
dengan raja Inggeris.
Raja-Raja Melayu adalah
"monarchical constitution" yang berasaskan "unwritten constitution"
iaitu taat para baginda yang utama pada Allah dan Rasul.
Maka tindakan Majlis Raja-Raja
bertitah ke atas skandal 1MDB adalah bukan saja sah disisi undang-undang
Anglo-Saxoj yang diwariskan oleh British kepada kita tetapi juga menjunjung
semangat Shari'ah yang Allah dan Rasul tetapkan.
Daulat Tuanku!
No comments:
Post a Comment