OLEH: KAMARUL ZAMAN
PULAU PINANG:- Dalam
pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak lantas Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa bajet yang dibentangkan oleh Najib petang ini adalah untuk menutup pelbagai
skandal yang dihadapi oleh kerajaan.
Beliau
yang juga ahli parlimen Bagan mendakwa langkah yang diumumkan kerajaan tidak
akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat termasuk menyelesaikan skandal
1MDB dan menjawab derma RM2.6 yang didepositkan ke akan peribadinya.
"Ini
adalah bajet untuk menutup skandal sahaja. (Bajet itu) tidak akan bawa kesan
yang jangka panjang kepada rakyat. Yang kita nak tengok adalah GST (cukai
barangan dan perkhidmatan) dihapuskan.
"Mansuhkan
GST, selesaikan masalah 1MDB dan derma RM2.6. Jawab dengan telus untuk mengembalikan
keyakinan rakyat," katanya selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.
Lim
berkata Najib sepatutnya menjawab skandal yang dihadapinya demi mengembalikan
keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya termasuk mengukuhkan nilai
ringgit yang jatuh yang anggap sebagai "kerugian yang sebenarnya".
Setiausaha
Agung DAP itu menjawab soalan pemberita berhubung sejumlah peruntukan yang
diberikan kepada di Sabah dan Sarawak dalam Bajet yang bertemakan 'Mensejahterakan
Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara
itu, Lim berkata Najib tidak membuat pengumuman mengenai langkah membaiki
kejatuhan nilai ringgit, memansuhkan tol, mengurangkan harga minyak dan sekali
gus menghapuskan GST bagi mengurangkan kesan terhadap rakyat.
"Tidak
ada pengumuman mengenai langkah untuk mengukuhkan mata wang. Saya rasa bajet di
mana 'goodies' tertentu diberikan, tetapi tidak menyelesaikan isu utama,"
katanya.
Mendakwa
peruntukan Najib terhadap Sabah dan Sarawak sebagai "cubaan membeli undi
dan memenangi pilihan raya", Lim berkata Najib juga tidak mengumumkan
langkah kerajaan untuk menangani rasuah.
"Ini
bukan bajet yang mengejutkan kerana ada 'goodies' diberikan. Dan tiada langkah
bagaimana mana untuk menangani rasuah.
"Akhirnya
GST tidak dimansuhkan dan (beliau) tidak bercakap mengenai bagaimana langkah
diambil untuk menyelesaikan masalah nilai mata wang," katanya.
Nilai
ringgit?
Sementara
itu, MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut bersependapat dengan Guan Eng
berhubung ketiadaan langkah kerajaan untuk menyelesaikan kejatuhan nilai
ringgit.
"(Dalam)
bajet ini, saya tidak nampak, ia tidak membatu melonjak kembali nilai ringgit,
melainkan Najib (perlu) melepaskan jawatannya minggu ini.
"Saya
percaya, itu akan dapat memberi nafas baru kepada ringgit dan ekonomi,"
katanya.
.
No comments:
Post a Comment