OLEH: SHAIMON S JUMADI
UMNO Bakal benyak kehilangan kerusi jika menyingkirkan ahli-ahli UMNO pada PRU 14
MEMBICARAKAN
tentang hendak memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO dan
Datuk Mohd Shafie Hj Abdal Naib Presiden UMNO
nampaknya angin semakin kencang terutamanya meniup di sebelah pantai
Timur Daerah Semporna.
Sekiranya
menjadi kenyataan dan terbukti tindakan
UMNO mahu menyingkir kedua tokoh ini Muhyiddin dan Shafia Abdal daripada UMNO,
nesnaya UMNO bakal banyak kehilangan kerusi pada PRU14 nanti.
Sebagai
contohnya kerusi di kawasan Semporna, Kunak, Silam, Lahad Datu dan Tambisan ini
semua kerusi yang duduki oleh MP atau Atau BN/UMNJO semuanya dalam genggaman
Shafie Abdal.
Saya
percaya kalau Shafie Abdal turut jadi mangsa pembuangan dan pemecatan dari UMNO
sencaya UMNO kawasan sebelan Pantai Timur bakal banyak kehilangan kerusi jatuh
ketangan PKR dan AMANAH pada PRU14.
Jasa
Shafie Abdal semasa menjawat-jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah banyak jasanya telah
ditabur bukan saja di Semenanjung bahkan termasuk Sabah dan Sawarak.
Apa
lagi dikhabarkan setelah Muhyiddin, Tun Mahatgir dan Shafie Abdal dipecap dari
UMNO bila mana mereka berita menyertai parti PKR dan Amanah atau DAP sudah
tentu kemasukan mereka dialu-alukan oleh rakyat seluruh Negara kerana ini
rahmat kepada parti-parti pembangkang seperti DAP-PKR dan Amanah.
Mudah-mudahan
tindakan pihak Majlis Tertinggi UMNO menyingkir TUN Mahathir, Tan Sri Muhyiddin
dan Datuk Shafie Abdal menjadi reality teruskan
niat itu “Alang-alang menyeluk Perkasam Biar sampai kepengkal lengan”
Kenapa
mereka begitu mudah mahu menendang ketiga-tiga orang itu mereka tidak
terfikrikah akan implikasinya nanti apa
akan terjadi nanti PRU14 nanti.
Ikuti
berita selanjutnya mengenai kes Muhyiddin dan Shafie Abadl
KIRIMAN: ZAR ALI
Sabtu,
31 Oktober, 2015.
9
Soalan UMNO Semporna
Ketika
berita penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno semakin hangat diperkatakan,
salah satu bahagian parti itu yang terlibat secara langsung dalam isu berkenaan
hari ini tampil mengemukakan sembilan soalan secara terbuka.
Kenyataan
dikeluarkan Umno bahagian Semporna itu juga mengingatkan pucuk pimpinan parti
berkenaan bahawa tokoh yang dilihat kritikal terhadap Datuk Seri Najib Razak
itu mempunyai penyokong tegar di seluruh negara.
"Tujuh
pemimpin yang disebut-sebut itu - terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal - bukan hanya mempunyai penyokong tegar di kawasan yang
mereka wakili malah ada di seluruh negara.
"Perlu
diingatkan bahawa setiap undi dan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti
adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan berkenaan.
Pertanyaan
yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
Adakah
bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
Adakah
syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar
pengaruhnya berbanding Umno?
Adakah
1MDB ini milik Umno?Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti
Umno?
Adakah
melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin
Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
Adakah
pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat
percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu
menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
Kuat
sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa
asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan
pemimpin?
Adakah
desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan
penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
Dalam
konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri
itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?
Sebelum
ini Malaysiakini melaporkan mengenai tujuh pemimpin misteri Umno yang sedang
dipantau untuk diambil tindakan disiplin.
Setiausaha
Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan
diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.
Katanya
Umno "sudah penat melayananggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak
sesuai kepada orang umum".
Bersuara
demi rakyat
Umno
Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin
kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.
Beliau
dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai
cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan
kerajaan 1MDB.
Menurut
kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang
bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.
Dengan
rekod "cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya" sebagai wakil rakyat
dan pernah berkhidmat sebagai menteri di tujuh kementerian, mereka
mempertikaikan kewajaran Mohd Shafie disingkirkan hanya kerana "bersuara
demi kepentingan rakyat".
"Ahli
Jawatankuasa Umn Semporna amat kecewa dengan khabar angin yang mengatakan
terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno serta
Mohd Shafie selaku naib presiden.
"Ketika
ini Umno berdepan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ia
dapat dibuktikan dengan keputusan dua 2 pilihan raya umum lalu apabila buat
pertama kali dalam sejarah, parti kalah undi popular kepada pembangkang.
Adakah
dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin serta bekas pemimpin
Umno yang banyak berjasa dapat mengembalikan keyakinan rakyat?" katanya.
Menurut
Umno Semporna lagi, sehingga kini Muhyiddin dan Mohd Shafie tidak pernah
mengeluarkan kenyataan menuduh perdana menteri melakukan penyelewengan.
Sebaliknya,
kata mereka, kedua-dua pemimpin itu secara konsisten mengeluarkan kenyataan
supaya 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus dan jujur membuat penjelasan
kepada rakyat.
"Jika
terdapat salah laku atau penyelewangan, mereka yang telibat perlu dibawa ke
muka pengadilan tanpa takut atau pilih kasih. Bukankah ia selaras dengan
kenyataan perdana menteri?" kata kenyataan itu.
Ketika
ini, kata Umno Semporna, golongan muda dahagakan pemimpin berani menyatakan
kebenaran dan bukan tokoh bersuara dengan bongkak, retorik serta mengampu
"seperti yang berlaku sekarang".
Malah lebih teruk, katanya, ada pihak mencabar pemimpin tertentu
keluar dari Umno atau BN jika tidak menyokong perdana menteri.
No comments:
Post a Comment