KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI BENAR KAH IKHLAS TANGANI PATI YANG SEMAKIN RAMAI DI SABAH....DAK WONG

OLEH: SHAIMNON S JUMADI

SANDAKAN:-  Adakah kerajaan  Persekutuan dan Negeri benar-benar ikhlas untuk menangani masalah Pendatang Asing Tanpa  Izin (PATI) yang semakin berleluasa  dan amat berbahaya  di negeri ini.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt berkata ekoran kejadian seorang kanak-kanak  warga asing  berumur 12  tahun yang dipercayai mati terkena renjatan elektrik akibat penyambung haram di Kampung Mangkalinau Batu 3 Jalan Utara serta kes pecah masuk dam kecurian yang membabitkan 5 buah priemis perindustrian ringan di Bandar Litat Batu 3.5 adalah perbuatan pendatang asing.

Wong berkata sedemikian selepas meninjau ke lokasi kes kecurian di kawasan perindustrian ringan Bandar Letat, dan mendapati banyak penyambungan haram dari kawasan tersebut ke kawasan setinggan yang berhampiran.

Kata Wong, Komander ESSCOM Datuk Abdul Rashid berkata pada 2 hari yang lalu, 1.4juta pendatang haram merupakan ancaman terbesar kepada Sabah, terutamanya ESSZONE, menghadapi ancaman penculikan kumpulan bersenjata dan lanun, serta kuasa kesultanan Suluk.

Kata beliau, jika mengikut statistik yang diumumkan oleh pihak berkuasa, jumlah populasi di Sabah adalah 3juta, manakalah pendatang haram sebanyak 1.4juta, hampir 50% daripada jumlah populasi Sabah, ini amat membimbangkan kerana 80 peratus mereka terlibat dalam aktiviti jeyanah


Beliau ingin bertanya, apa yang kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedang buat?  Adakah kerajaan ikhlas untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin di Sabah?

Pada pandangan Wong, kerajaan persekutuan BN dan kerajaan negeri tidak patut bersikap acuh tak acuh dan menipu orang Sabah, khususnya 1.4juta pendatang haram (dipercayai statistik yang sebenarnya lagi banyak) adalah amat serius, mengapakah kerajaan BN tidak memandang serius terhadap masalah ini?

Wong berkata, siasatan RCI telah siap, tetapi masalah pendatang haram, masalah penyambungan haram dan pencurian air, serta masalah lain bukan sahaja tidak diatasi, malah bertambah serius. Di sebaliknya, kerajaan hanya bertindak ke atas peniaga tempatan yang sah. Walaupun operasi membanteras sambungan talian haram diadakan, tetapi tidak ada tindakan tangkapan dan hukuman, bagaimanakah masalah ini dapat selesai?



Wong menyifatkan operasi pihak berkuasa adalah sia-sia sahaja, kerana selepas buka penyambungan haram, ia akan dipasang semula. Operasi yang tidak ikhlas untuk menangani masalah, hanya membazirkan wang cukai yang dibayar oleh rakyat.

Wong percaya, selagi kerajaan tidak menangani masalah pendatang haram, dan tidak mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti penyambungan haram, negeri Sabah tidak akan mendapat pembekalan elektrik yang normal, dan kemalangan terkena renjatan elektrik akan terus berlaku.

Dalam pada itu Wong telah difahamkan bahawa ESSCOM yang melibat Jabatan Imigeresen, Polis Anggota Pertahanan Awam serta Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) kini sedang giat mengadakan operasi secara besar-besaran di beberapa lokasi tertentu untuk memburu dan membanteras orang asing sama ada diperkampugan setinggan ditepi pantai ataupun didarat.

“Tetapi pihak anggota keselamatan hanya menumpuhkan penangkapan sahaja  tidak menyeluruh seperti  memeriksa di mana mereka mendapatkan bekalan elektrik dan air paip semuanya menyambung haram  tetapi pihak SESB dan Jabatan Air gagal untuk menangani kegiatan mencuri karan dan air juga di kalangan penduduk asing” Kata Wong lagi


PENYAMBUNGAN HARAM...Bekalan Elektrik Punca Ramai Penduduk Mati akibat terkena renjatan elektrik



“Nampaknya para pendatang asing yang duduk di negeri ini berjumpa 1.4juta itu mereka semakin hari semakin besar kepala tidak takut dengan pihak pemerintah dan pihak pasukan keselamatan mereka memperseda-sendakan  pihak keselamatan” Katanya.


No comments:

Post a Comment