OLEH: KAMARUL ZAMAN
KUALA LUMPUR:-Datuk Seri Nazri Abdul Azizi
berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
berkata perlunya dikekalkan jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh,
dan yakin beliau akan tewas selepas itu.
Nazri Aziz berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin
perlu kekal jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh dan dia akan tewas
dengan sendirinya pada masa pemilihan itu nanti.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri
Nazri Aziz berikrar akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kekal
sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, lapor Malaysiakini.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu
berkata, beliau akan lakukan apa sahaja bagi menyelamatkan pemimpin parti yang
disingkirkan daripada Kabinet pada Julai, dan menambah kritikan harus
dibenarkan dalam Umno.
"Sebagai parti yang akan menyambut
ulangtahun ke 70 tahun tahun depan, kita harus mempunyai ruang cukup untuk
perbezaan pendapat dan menerima kritikan," kata Nazri seperti dilaporkan
MalaysiakiniNazri berkata, Muhyiddin seharusnya dibenarkan kekal sebagai
timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, dan Naib Presiden Umno Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melawannya dan berkemungkinan menang.
"Biar dia teruskan sehingga tempoh
berakhir. Kemudian, saya akan suruh Zahid lawan dia. Saya yakin Muhyiddin akan
kalah," Nazri dipetik sebagai berkata.
Sambil berkata hanya MT boleh bertindak
terhadap Muhyiddin, Nazri berkata beliau tidak pasti sama ada timbalan presiden
Umno itu di antara 7 pemimpin dimaksudkan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor yang bakal digantung keahlian.
The
Sabah Insider hari ini memetik
sumber berkata Umno bakal menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung pada
Disember, ekoran serangan berterusan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung
kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam
akaun peribadi presiden parti Melayu itu.
Sumber parti mendedahkan, MT Umno sedang
menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti
kesalahan dilakukan Muhyiddin.
Langkah ini diambil bagi menghalang Muhyiddin
terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti
Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua
mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir
Muhyiddin.
Kata Nazri lagi UMNO tidak gentar atau atau takut
akan kehilangan pemimpin seperti Muhyiddin dan Shafie Abdal kerana mereka suka
menyusahkan pemimpin UMNO yang lain mengkritik tentang 1MDB dan RM2.6 billion.
Katanya Najib paling pantang kalau ada sesiapa
ahli-ahli dan para pemimpin tertinggi
UMNO/BN yang mempersoalkan 1MDB atau RM2.6 Billion memang mereka dipecat tanpa
diberi kompromi.
- See more at: http://www.thesabahinsider14.blogspot.com
No comments:
Post a Comment