SEKUMPULAN PELANCONG ASING BERBOGEL DI PULAU N SIBUAN PERLU DIAMBIL TINDAKAN.....KATA JEFFRY

OLEH: AZMIE AZMAN

TAWAU:- Berhubung dengan prilaku yang tidak senonoh seperti yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki dan wanita pelancong asing yang berbogel di Pulau Senbuan Semporna mendapat kritikan dan kukutukan oleh masyarakat setempat

Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Sabah Bahagian Tawau Dato Mohd Jeffry Rosman turut mengutuk perbuatan itu  kerana dianggap satu perbuatan kurang ajar dan biadap sengaja mencemarkan nama baik pusat-pusat pelancongan yang ada di negeri ini khususnya di Pulau tersebut.

Dalam pada itu Jeffry mencadangkan agar para pandu pelancong yang membawa pelancong asing kesesuatu tempat seperti di pulau-pulau peranginan mereka haruslah diberikan taklimat sebelum bertolak kesatu-satu lokasi yang hendak ditujui memberi nasihat kepada pelancong itu tadi agar tidak boleh membuat perkara-perkara cabul seperti berbogel adalah menjadi satu kesalahan.


“Saya fikir dengan adanya taklimat tersebut sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada para pelancong asing yang datang ke negeri ini untuk melakukan perkara-perkara sumbang itu” kata Jeffry.

No comments:

Post a Comment