Gambar Menunjukkan.....Linda (tengah) serta pegawainya dan
penduduk Kampung PPH Karamunting
OLEH: LAWRENCE T S LEE
BATU SAPI:- Penduduk Kampung PPH
Karamunting menzahirkan rasa syukur kepada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda
Tsen Thau Lin yang menyampaikan bantuan bahan untuk membaiki rumah mereka.
Para penerima menyatakan demikian
selepas menerima bantuan berbentuk zink, papan lapis dan tangki air dari Linda
dalam satu majlis penyampaikan ringkas ketika beliau melawat kawasan berkenaan
baru-baru ini.
Mereka berterima kasih kepada
keprihatinan Linda serta Kerajaan dalam mengatasi masalah yang dihadapi
penduduk di kawasan Batu Sapi.
Menurut Linda, bantuan itu diberikan
kepada 82 buah rumah di Kampung PPH Karamunting dan berharap mereka akan
menggunakan dengan sebaiknya bantuan yang diberikan kepada mereka oleh
Kerajaan.
Hadir bersama semasa lawatan
tersebut ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong
Nyuk Thou.
No comments:
Post a Comment