DI MANA LETAKNYA TANGGUNGJWAB PENDUDUK TAMAN RAJAWALI-MERPATI DAN KENARI....KEMELIIA

DARI MEJA PENGARANG KANAN
SHAIMON S JUMADI

KURANG BERTANGGUNGJAWAB...... Dimana kah letak tanggungjawab warga Taman Rajawali,Merpati dan Kenari tidak mahu bekerjasama melibatkan diri dalam menyertai Gotong Royong

SETIAP program Gotong Royong yang  dianjurkan oleh mana-mana badan NGO atau pihak kerajaan ianya membawa menfaat dan faedah kepada masyarakat setempat kerana menjurus untuk kebaikan bersama.

Sebentar tadi saya terbaca berita portal yang disiarkan Sabah Insider di mana dalam kandungan berita itu menyatakan pihak penganjur amat kecewa kerana program Gotong Royong yang dianggap penting itu terutama sekali untuk membersihkan kawasan-kawasan sekelilingan rumah khususnya kawasan Taman Merpati, Rajawali dan Taman Kenari sangat lengan tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat di ketiga –tiga penduduk taman-taman yang saya sebutkan itu.

Sepatutnya program gotong royong itu di sambut baik tambahan pula membersihkan kawasan perumahan yang terang-terang menjadi sarang dan pembiayakan nyamuk Aedes.

Nyamuk Aedes adalah amat berbahaya kepada penduduk jadi kenapa penduduk di ketiga taman tersebut tidak mahu menyertai kerjasama untuk melibatkan diri untuk bergotong royong, ini juga merupakan kerja-kerja amal yang dituntut oleh agama Islam.


Begitulah pendapat seorang aktivis masyarakat yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Sabah yang dikenali Dato Paduka  Dr Kemellia Hassan (gambar)  ketika diminta mengulas satu kenyataan bertajuk: Kecewa Gotong Royong Taman Rajawali,Merpati dan Kenari Tiada Sambutan” pada 31-10-2015.

“Saya bukan bertujuan hendak mengajar anda seharusnya sebagai penduduk warga Taman Rajawali, Taman Merpati dan Taman Kenari sentiasa menitikberatkan soal keselamatan disamping bekerjasama antara satu dengan yang lain.

 Gotong royong bukan saja untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah bahkan menjurus untuk mewujudkan siratulrahim yang intim dan mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan penduduk setempat dan penduduk-penduduk berhampiran” Kata Kemellia.

Katanya memupuk kerjasama yang erat sesama  manusia apa lagi dengan seagama dan bukan seagama memang digalakan oleh ajaran Islam jadi   penduduk ketiga-tiga Taman tersebut sentiasa mengamal jadi diri  dan mempunyai suntikan semangat kerjasama antara satu sama lain.

Mana-mana penduduk kawasan perumahan sekiranya mempunyai kerja gotong royong anjuran mana-mana badan NGO atau kerajaan sertailah ini juga satu amal jariah banyak mendapat kebaikan daripada keburukan kalau anda sentiasa mengikuti program-program yang di jalankan itu.

“Contoh yang terbaik di mana penduduk-penduduk Taman PPR Anggerek mereka begitu prihatian menyertai kerja-kerja amal seperti Gotong Royong membersihkan kawasan anjuran DAP Sandakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakan, walaupun program seumpama itu hanya dianjurkan oleh pihak pembangkang saja” jelasnya lagi



IBUBAPA DISARAN SUPAYA MENITIKBERATKAN PELAJARAN ANAK-ANAK......JUSLIE

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TERIMA KASIH....... Juslie menerima cenderahati  darioada Guru Kemas Tabika Taman Murni


LIBARAN:-  Para ibubapa disarankan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak dengan secukupnya ini membolehkan bila mereka dewasa nanti menjadi seorang insan yang berguna kepada bangsa, agama dan juga tanah air.

Melentur  buluh biarlah dari rebungnya begitu juga mendidik anak-anak biarlah diperingkat para TABIKA ini memudahkan  menyungtik semangat dan minda mereka supaya rajin-rajin belajar.

Ahli Parlimeh Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol berkata  demikian ketika berucap di Majlis Mini Konvokesyen Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Kemas  Taman Murni dekat sini  hari ini.

Katanya sebagai ibubapa harus menggalakan kepada anak-anak mereka supaya menumpukan pelajaran walaupun diperingkat pra sekolah seperti TABIKA.

“Hanya orang saja yang mempunyai ilmu pendidikan akademik maka kehidupan masa depannya terjamin  tambahan lagi sekarang zaman IT  apa saja bidang yang hendak diceburi mesti mempunyai kelukusan akademik” katanya lagi.




UMNO BAKAL KEHILANGAN BANYAK KERUSI PADA PRU14 JIKA SINGKIRKAN MAHATHIR-MUHIDDIN DAN SHAFIE ABDAL

OLEH: SHAIMON S JUMADI

UMNO Bakal benyak kehilangan kerusi jika menyingkirkan ahli-ahli UMNO pada PRU 14





MEMBICARAKAN tentang hendak memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO dan Datuk Mohd Shafie Hj Abdal Naib Presiden UMNO  nampaknya angin semakin kencang terutamanya meniup di sebelah pantai Timur  Daerah Semporna.

Sekiranya menjadi kenyataan dan terbukti  tindakan UMNO mahu menyingkir kedua tokoh ini Muhyiddin dan Shafia Abdal daripada UMNO, nesnaya UMNO bakal banyak kehilangan kerusi pada PRU14 nanti.

Sebagai contohnya kerusi di kawasan Semporna, Kunak, Silam, Lahad Datu dan Tambisan ini semua kerusi yang duduki oleh MP atau Atau BN/UMNJO semuanya dalam genggaman Shafie Abdal.

Saya percaya kalau Shafie Abdal turut jadi mangsa pembuangan dan pemecatan dari UMNO sencaya UMNO kawasan sebelan Pantai Timur bakal banyak kehilangan kerusi jatuh ketangan PKR dan AMANAH pada PRU14.

Jasa Shafie Abdal semasa menjawat-jawatan Menteri Pembangunan  Luar Bandar dan Wilayah banyak jasanya telah ditabur bukan saja di Semenanjung bahkan termasuk Sabah dan Sawarak.

Apa lagi dikhabarkan setelah Muhyiddin, Tun Mahatgir dan Shafie Abdal dipecap dari UMNO bila mana mereka berita menyertai parti PKR dan Amanah atau DAP sudah tentu kemasukan mereka dialu-alukan oleh rakyat seluruh Negara kerana ini rahmat kepada parti-parti pembangkang seperti DAP-PKR dan Amanah.

Mudah-mudahan tindakan pihak Majlis Tertinggi UMNO menyingkir TUN Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan  Datuk Shafie Abdal menjadi reality teruskan niat itu “Alang-alang menyeluk Perkasam Biar sampai kepengkal lengan”

Kenapa mereka begitu mudah mahu menendang ketiga-tiga orang itu mereka tidak terfikrikah akan implikasinya  nanti apa akan terjadi nanti PRU14 nanti.

Ikuti berita selanjutnya mengenai kes Muhyiddin dan Shafie Abadl

KIRIMAN: ZAR ALI

Sabtu, 31 Oktober, 2015.
9 Soalan UMNO Semporna

Ketika berita penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno semakin hangat diperkatakan, salah satu bahagian parti itu yang terlibat secara langsung dalam isu berkenaan hari ini tampil mengemukakan sembilan soalan secara terbuka.

Kenyataan dikeluarkan Umno bahagian Semporna itu juga mengingatkan pucuk pimpinan parti berkenaan bahawa tokoh yang dilihat kritikal terhadap Datuk Seri Najib Razak itu mempunyai penyokong tegar di seluruh negara.

"Tujuh pemimpin yang disebut-sebut itu - terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - bukan hanya mempunyai penyokong tegar di kawasan yang mereka wakili malah ada di seluruh negara.

"Perlu diingatkan bahawa setiap undi dan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan berkenaan.
Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:

Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?

Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
Adakah 1MDB ini milik Umno?Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?

Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?

Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?

Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?

Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan mengenai tujuh pemimpin misteri Umno yang sedang dipantau untuk diambil tindakan disiplin.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.

Katanya Umno "sudah penat melayananggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum".
Bersuara demi rakyat
Umno Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.

Beliau dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan kerajaan 1MDB.

Menurut kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.

Dengan rekod "cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya" sebagai wakil rakyat dan pernah berkhidmat sebagai menteri di tujuh kementerian, mereka mempertikaikan kewajaran Mohd Shafie disingkirkan hanya kerana "bersuara demi kepentingan rakyat".

"Ahli Jawatankuasa Umn Semporna amat kecewa dengan khabar angin yang mengatakan terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Mohd Shafie selaku naib presiden.

"Ketika ini Umno berdepan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ia dapat dibuktikan dengan keputusan dua 2 pilihan raya umum lalu apabila buat pertama kali dalam sejarah, parti kalah undi popular kepada pembangkang.
Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin serta bekas pemimpin Umno yang banyak berjasa dapat mengembalikan keyakinan rakyat?" katanya.

Menurut Umno Semporna lagi, sehingga kini Muhyiddin dan Mohd Shafie tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh perdana menteri melakukan penyelewengan.

Sebaliknya, kata mereka, kedua-dua pemimpin itu secara konsisten mengeluarkan kenyataan supaya 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus dan jujur membuat penjelasan kepada rakyat.

"Jika terdapat salah laku atau penyelewangan, mereka yang telibat perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa takut atau pilih kasih. Bukankah ia selaras dengan kenyataan perdana menteri?" kata kenyataan itu.

Ketika ini, kata Umno Semporna, golongan muda dahagakan pemimpin berani menyatakan kebenaran dan bukan tokoh bersuara dengan bongkak, retorik serta mengampu "seperti yang berlaku sekarang".

Malah lebih teruk, katanya, ada pihak mencabar pemimpin tertentu keluar dari Umno atau BN jika tidak menyokong perdana menteri.


ASIA MAHU DIJUAL HARGA RM853 JUTA....LAPORAN TONY FERNANDES


PETALING JAYA:- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan sudah mula mengadakan perbincangan bersama pihak bank bagi mengambil alih syarikat penerbangan tambang murah itu pada nilai AS$200 juta (RM853 juta).

Menurut laporan Reuters, perkara berkenaan ekoran harga saham syarikat penerbangan berkenaan yang dikatakan telah jatuh merudum.

Selain itu, usahawan dan rakan kongsi perniagaan beliau, Datuk Kamarudin Meranun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad (AirAsia X), turut dilaporkan meminjam wang ke atas 19 peratus pegangan tidak langsung mereka dalam AirAsia daripada Credit Suisse dan CIMB Bank (CIMB) untuk membantu dana usaha niaga swasta terbabit.

Jelas laporan itu, kejatuhan dalam harga saham AirAsia telah membawa kepada pelanggaran syarat-syarat cagaran pinjaman dan menurut dua sumber, ia adalah salah satu sebab mengapa kedua-dua ahli perniagaan tersebut memulakan rundingan kepada pembelian kuasa pengurusan.

Dalam pada itu, ketika dihubungi, jurucakap AirAsia menolak untuk memberi sebarang komen berkaitan hal itu malah menurut Reuters, Fernandes dan Kamarudin pula tidak membalas emel yang dihantar bagi mendapatkan penjelasan.

Kewujudan pinjaman berkenaan yang tidak pernah didedahkan kepada umum adalah disebabkan transaksi yang bersifat peribadi mula menunjukkan sedikit sebanyak hala tuju serta masa depan syarikat penerbangan berkenaan yang juga merupakan pelanggan utama kepada Airbus di Asia kini terikat kepada pelaburan lain daripada pengasasnya, jelas laporan itu.

Malah mengikut dua sumber yang mempunyai pengetahuan berkaitan situasi itu, pinjaman telah dilakukan bagi membantu membiayai pembelian pada tahun 2011 oleh syarikat induk Fernandes iaitu Tune Group.

Untuk pinjaman saham yang disokong ia merupakan perkara biasa yang berlaku dalam kalangan hartawan di rantau ini, memerlukan sejumlah besar cagaran kerana mereka tertakluk kepada turun naik pasaran saham dan ia adalah situasi yang kurang jelas sekiranya Fernandes dan rakan perniagaannya telah meminta untuk pinjaman yang segera secara rasmi.

Namun begitu, tiada bukti mengatakan sama ada Fernandes atau Kamarudin yang telah memulakan empayar perniagaan yang dianggarkan bernilai melebihi nilai pinjaman saham yang disokong itu dan tidak berkemampuan untuk membayar kembali wang pinjaman itu.

Sementara itu, jurucakap Credit Suisse yang berpangkalan di Hong Kong serta CIMB turut menolak untuk memberikan maklum balas ataupun komen.
AGENCY REUTERS



PENYERTAAN TUN MAHATHIR-MUHYIDDIN DAN SHAFIE ABDAL KE PARTI AMANAH-PKR DIALU-ALUKAN

OLEH: KEPANAUAN A/L KURAPAN

KUALA LUMPUR:-  lagi desas desus tau salah sangkah penyingkiran Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Mohd Shafie Hj Abdal sebelum perhimpunan UMNO akan menjadi kenyataan

Beberapa orang pemimpin kanan UMNO pusat antaranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Nazri Abdul Azizi,  dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengeluarkan kenyataan tentang penyingkiran itu.

Ini jelas nampknya UMNO sekarang sudah tidak lagi relevan  asyik bercakaran sesame sendiri ini ekoran mereka yang mempertikaikan 1MDB dan RM2.6 juta  sesiapa saja ada diantaranya pemimpin-pemimpin UMNO yang suka mempertikaikan  kes 1MDB dan RM2.6 juta itu telah dianggap mereka mencari maut dalam gelanggang arena politik.

Walaupun kes 1MDB dan kes RM2.6 juta dikatakan tenat/nazak akan tetapi bukan semudah para pemimpin UMNO yang hendak merungkai atau mendedahkan untuk pengetahuan umum pastinya mereka nanti bakal mengundang bala.

Bagi para pemimpin pembangkang kes 1MDB dan kes RM2.6 juta adalah sebagai senjata tajam untuk menyerang dan membuat propaganda dan agenda politik mereka untuk mendedahkan isu berkenaan kepada rakyat ini untuk memudahkanh menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

Perlu diingatkan para pemimpinan UMNO khususnya di peringkat national jangan sekali-kali anda mempertikaikan soal kes 1MDB atau kes RM2.6 juta ini menjadi kemurkahan terhadap Najib, dari itu sesiapa saja yang berani merungkai atau mempertikaikan 1MDB dan RM2.6 juta akan menjadi nahas bakal menimpa diri seseorang itu.

Buktinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdul Rahim Bakri, Hasaan Malik dan Shafie Hj Abdal gara-gara mempersoalkan kes 1MDB mereka jadi mangsa penyingkiran jawatan daripada cabinet.

Jadi pada perhimpunan UMNO nanti memang sah Muhyiddin dan Shafie Abdal bakar disingkir serta-merta daripada menjadi ahli UMNO.

Sebagai kesimpulan jika Tun Mahathir Mohd menjadi kenhyataan disingkir daripada UMNO ini satu petanda buruk kepada UMNO dan BN pada PRU14 nanti, sekiranya Tun Mahathir bergambunf tenaga dengan Tan Sri Muhyiddin dan Shafia Abdal setelah keluar daripada UMNO lantas kemudian mereka bertiga menyertai parti-parti pembangkang yang ada di Malaysia ini antaranya AMANAH,PKR  adalah satu pentanda baik kepada parti-parti pembangkang.

Dengan itu rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak amat mengalu-alukan penyertaan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Shafie Abdal ke parti AMANAH ATAU PKR demi memudahkan menggulingkan kerajaan BN/UMNO pada PRU14 nanti.




PARTI-PARTI PEMBANGKANG LAIN PERLU BERSATU DENGAN DAP-PKR DAN AMANAH UNTUK TUMBANG BN PRU14

OLEH: ISMAILY BUNGSU
HAKIKAT jelas untuk perubahan, kita kena tumbangkan BN di peringkat pusat duluan dan yang pasti hanya BN dan HARAPAN PAKATAN saja bakal tandingi 222 kerusi MP.
Parti-parti  tempatan tidak akan tandingi kesemua 222 kerusi MP/kala mereka hanya menumpukan untuk tandingi 25 MP di Sabah dan 60 Dun, makna meski menang di negeri yang pasti tidak akan dapat membawa perubahan kepada sistem pentadbiran di Malaysia.
Makanya tidak boleh tidak kita kena beri sokongan padu kepada semua calon2 HARAPAN PAKATAN yang terdiri dari calon2 parti PKR/DAP dan Amanah.
PKR/DAP dan Amanah senantiasa membuka pintu untuk rundingan demi menumbangkan BN dalam pilihanraya mendatang dan mempastikan Kerajaan Harapan Pakatan memerintah.
Kehadiran parti-parti  tempatan amat diperlukan untuk sama duduk berbincang sebab melawan BN sama seperti melawan gergasi yang punya segala kelengkapan seperti SPR, JPN dan agensi-agensi  lain termasuk segala jentera kerajaan mereka gerakkan sama disamping taburan wang.
Tidak boleh tidak, BN kena lawan SATU SAMA SATU dan penyatuan inilah yang cukup menggerunkan BN, jika sebaliknya maka parti tempatan akan gagal sama seperti dimusim PRU-13 lalu hanya mendapat 1 kerusi DUN sahaja.
Keputusan pilihanraya lalu hendaklah dijadikan pengajaran untuk kita semua dan mudah-mudahan  sesudah ini ada rundingan kesepakatan demi mengelak pertembungan beberapa penjuru yang akhirnya BN bakal menang.
Ulasan Lanjut:
SHAIMON S JUMADI

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Saudara Ismaly Bungsu itu, parti-parti pembangkang tempatan yang ada di bumi Sabah ini harus bersatu dengan semua parti pembangkang seperti DAP-PKR dan AMANAH (PAN) duduk berbincangkan.

Sebagai contohnya kalau PKR bertanding di kawasan Parlimen Batu Sapi parti-parti pembangkang yang lain tak usah meletakan calon di situ kuacali bertanding di kerusi DUN di kawasan Sekong, ini mengelakan perpecahan undi.

Begitu juga kalau DAP bertanding di kawasan Parlimen Sandakan sementara parti-parti pembangkang yang lainnya tak perlu meletak calon  dibolehkan meletakan calon di kawasan DUN Elopura atau kawasan DUN Tanjung Papat.

Sebabnya tujuan kita adalah untuk menggulingkan kerajaan BN jadi jangan ada berlakunya perebutan kerusi sesama parti pembangkang walaupun parti pembangkang itu bukan PAKATAN HARAPAN yang membabitkan tiga parti DAP-PKR dan AMANAH.


Bertanding satu lawan satu ini untuk memudahkan calon-calon pembangkang yang bertanding lawan dengan BN memenangi kerusi di kawasan masing-masing.





KECEWA GOTONG ROYONG TAMAN RAJAWALI-MERPATI DAN KENARI TIADA SAMBUTAN PENDUDUK

OLEH: SHAIMON S JUMADI



PENDUDUK  Taman Merpati-Rajawi dan Kenari membiarkan
saliran parit kotor tersumbat untuk pembiayakan nyamuk aedes nanti gigit anak-anak mereka dengan demam denggie baru rasa

SUNGEI SIBUGA:- Nampaknya penduduk-penduduk di tiga kawasan perumahan Rajawali , Taman Merparti dan Taman Kenari  tidak begitu ambil berat tentang nyamuk Aedes.

Ini jelas menunjukan Gotong Royong yang dianjurankan oleh KMM,MPS dan JKDB yang melibatkan tiga kawasan yang dimaksudkan itu kurang sambutan di kalangan penduduk-penduduk setempat.

Barang kali  penduduk-penduduk berkenaan suka kalau ada anak-anak dan keluarga mereka  ada yang mati/mampus nanti  akibat gigitan nyamuk aedes baru salahkan  kerajaan  salahkan kementerian kesihatan kenapa tak buat semburan.

Tujuan pihak KMM,MPS dan JKDB mengadakan gotong royong bagi membersihkan keseluruhan kawasan taman-taman perumahan yang berhampiran adalah untuk membanteras dan membasmi pembiayak nyamuk aedes.


MANA TANGGUNGJAWAB..Penduduk kurang menyambut baik gotong royong membesihkan kawasan tunggu ada anak-anak mereka mati baru salahkan kerajaan



Sepetutnya sebagai warga penduduk Taman Raja Wali, Taman Kenari dan Taman Merpati harus menyambut baik program gotong royong seumpama itu ini adalah untuk kebaikan bersama, akan tetapi amat  mendukacitakan berepa ekor saja orang yang datang menyertai gotong royong itu sungguh amat menyedihkan.

Kata jurucakap penganjur gotong royong itu  program gotong royong selanjutnya akan diadakan di Taman Merpati Baru diharap Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungei Sibuga Zaini Tiksun akan turut sama menyertai program itu nanti.


Apapun pihak penganjur mengucapkan kepada penduduk yang turut terlibat menjayakan gotong royong itu walaupun tiada sambutan daripada penduduk-penduduk lainnya.

Nazri ikrar pertahan Muhyiddin hingga pemilihan akan datang



OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:-Datuk Seri Nazri Abdul Azizi berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin  dan berkata perlunya  dikekalkan  jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh, dan yakin beliau akan tewas selepas itu.

 Nazri Aziz berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kekal jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh dan dia akan tewas dengan sendirinya pada masa pemilihan itu nanti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berikrar akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, lapor Malaysiakini.


Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, beliau akan lakukan apa sahaja bagi menyelamatkan pemimpin parti yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai, dan menambah kritikan harus dibenarkan dalam Umno.

"Sebagai parti yang akan menyambut ulangtahun ke 70 tahun tahun depan, kita harus mempunyai ruang cukup untuk perbezaan pendapat dan menerima kritikan," kata Nazri seperti dilaporkan MalaysiakiniNazri berkata, Muhyiddin seharusnya dibenarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melawannya dan berkemungkinan menang.

"Biar dia teruskan sehingga tempoh berakhir. Kemudian, saya akan suruh Zahid lawan dia. Saya yakin Muhyiddin akan kalah," Nazri dipetik sebagai berkata.

Sambil berkata hanya MT boleh bertindak terhadap Muhyiddin, Nazri berkata beliau tidak pasti sama ada timbalan presiden Umno itu di antara 7 pemimpin dimaksudkan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang bakal digantung keahlian.

The  Sabah  Insider hari ini memetik sumber berkata Umno bakal menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung pada Disember, ekoran serangan berterusan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.

Sumber parti mendedahkan, MT Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.

Langkah ini diambil bagi menghalang Muhyiddin terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.

Kata Nazri lagi UMNO tidak gentar atau atau takut akan kehilangan pemimpin seperti Muhyiddin dan Shafie Abdal kerana mereka suka menyusahkan pemimpin UMNO yang lain mengkritik tentang 1MDB dan RM2.6 billion.

Katanya Najib paling pantang kalau ada sesiapa ahli-ahli dan para pemimpin  tertinggi UMNO/BN yang mempersoalkan 1MDB atau RM2.6 Billion memang mereka dipecat tanpa diberi kompromi.

- See more at: http://www.thesabahinsider14.blogspot.com

ALASAN ARUL KANDASAMY SURUH LETAK JAWATAN TONY PAUL TINDAKAN BODOH



ARUL Kanda Kandasamy selaku presiden 1MDB mahu Tony Pua meletak jawatan sebagai ahli PAC terlebih dahulu sebelum berdebat dengan Tony Pua dan jelasnya itu dianggap kebodoh-bodohan dan tak masuk akal.

Sebagai pejawat Awam seharusnya Arul tidak boleh menghina PAC dan parlimen.

Lagi pula pengerusi PAC telah menyatakan sebelum ini tidak akan memecat Tony Pua dan kenapa pula Arul yang mengarahkan Tony letak jawatan sebagai syarat berdebat?

Soal debat dan jawatan Tony Pua di PAC tidak perlu dibangkit dan tidak perlu dijadikan syarat untuk berdebat.

Tony Pua mahu Arul jangan berdolak dalik dan terus saja berdebat di kaca TV secara langsung agar rakyat tahu keadaan sebenarnya.

Di TV3 sebentar lagi akan menjelaskan hal ini yang Arul siap berdebat dan Tony Pua juga siap menyahut cabaran itu tanpa syarat.

ISMAILY BUNGSU 
sabah


MUHYIDDIN DAN SHAFIE ABDAL BAKAL DIGANTUNG SEBELUM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


OLEH KAMARUL ZAMAN
.
PETALING JAYA:- Rentetan  daripada  kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) mengenai masa depan beberapa pemimpin Umno, sumber berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bakal digantung keahlian Umno sebelum parti itu berhimpun Disember ini akan menjadi realiti.

Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Shafie Abdal  sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti UMNO itu.

Sumber parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.

Antara kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib walaupun penjelasan sudah diberi.

"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian sayap nanti.

"Kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber itu kepada The Sabah  Insider.

Dengan penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata sumber.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.


"Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang dikatanya.

"Orang sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat MT terakhir 9 September lepas.

Jamal juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar tindakan diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.

"Memang kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka yang berada dalam parti dan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ seperti dalam ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil tindakan.

"Majoriti, semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat, gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti," kata Jamal merujuk kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.

Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar, kanan) menggesa isu "gunting dalam lipatan" dijelaskan dan didedahkan supaya ahli tahu siapa dimaksudkan Najib.

"Kita tidak tahu siapa gunting dalam lipatan, keputusannya kita memang tidak mahu ada gunting dalam lipatan dalam Umno.

"Kita tidak tahu yang dimaksudkan, jadi perdana menteri kena jelaskan betul-betul siapa yang dimaksudkan terutamanya dengan kenyataan yang hebat semasa bajet, semasa dalam Parlimen,” kata Aziz yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Rabu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 pemimpin itu berisiko digantung kerana memecah belahkan parti.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan dibentang kepada Majlis Presiden sebelum lembaga presiden Umno membuat sebarang keputusan.

"Sepanjang tempoh itu kita akan gantung keahlian mereka," katanya.

Selain Muhyiddin, Aziz juga dikatakan berada dalam senarai 7 nama diwar-warkan Ku Nan itu.

"Tengku Adnan perlu segera ambil tindakan jika benar ada 7 orang pemimpin itu," kata Aziz.

Aziz berkata, langkah itu adalah yang terbaik jika Umno merasakan ia dapat menggembalikan kestabilan kepada
.
Bagaimanapun Aziz menjelaskan, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu jika mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin dan mana-mana daripada 7 pemimpin itu.

"Pertama, kenal pasti kesalahan dan kedua, bawa ke Lembaga Disiplin. Kemudian MT perlu membuat keputusan sama ada menyokong tindakan diambil atau tidak... tidak kisah sama ada pecat, gantung atau diberi amaran," terangnya.

Sementara Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar tidak melihat langkah mengambil tindakan ke atas Muhyiddin satu tindakan yang dapat memberi kelebihan kepada parti Melayu itu.

Hamidi sebaliknya mencadangkan Umno mengadakan pemilihan semula jika benar-benar mahu menyelesaikan kemelut tanpa menyebabkan kesan lebih buruk.
"Adakan saja pemilihan tahun depan, kalau akar umbi tidak suka, kita boleh tolak Muhyiddin dan ganti dengan yang lain.

"Rasanya akar umbi akan akur dengan cara macam itu. Kalau kita merasakan yang lama bagus, kita pilih, tapi kalau rasa tidak bagus kita ganti dengan orang lain," katanya.

Pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tidak tahu mengenai 7 orang dimaksudkan Ku Nan.

"Saya tidak ada dengar mengenai itu. Saya tidak mempunyai sebarang info walaupun setiausaha agung adalah kawan baik saya.

"Ada orang cakap-cakap mengenainya (7 orang digantung), tapi saya tidak tahu," kata Shahidan semasa ditemui di Parlimen pada Khamis.

Najib ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, diserang dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Beliau merombak Kabinet pada Julai lalu, langkah dilihat meneutralkan pengkritik dalam kerajaan, akan tetapi, Muhyiddin kini meneruskan kritikan terhadap Najib dari dalam Umno.

Kata sumber itu jika ramai ahli-ahli UMNO yang digantung ekoran Najib rasa tidak puas hati kerana terlibat mengkritik 1MDB dan RM2.6 Billion itu dan UMNO jelas pada PRU14 nanti akan terjejas sokongan orang-orang UMNO terhadap perjuangan UMNO mereka akan beralih ke Parti Amanah Negara (PMN) salah satu sebabnya mereka yang disingkir daripada UMNO mereka akan keluar beramai-ramai meninggal UMNO/BN pada masa terdekat ini.

Sabah Insider difahamkan orang pertama yang bakal meninggalkan UMNO ialah Tan Seri Muhyiddin Yassin kemudian disusuli oleh  Datuk Mohd Shafie Abdal, parti mana yang mereka akan menyertai itu nanti belum diketahui lagi sebab  masih terlalu awal buat ramalan.

Sebilangan rakyat Sabah disebelah pantai Timur mengharapkan Shafie Abdal supaya menyertai PKR atau Amanah kerana kedua-dua parti itu kini telah mendapat tempat di hati pengundi di Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Kalau masyarakat Cina, Kadazan, Murut, Dusun di Sabah memang telah menolak mentah-menyah kerajaan BN pada PRU14 nanti begitu juga masyakat di Sarawak khususnya bangsa Dayak, Melanau, Iban, Bidayu dan Cina telah menolak BN ini jelas BN akan tersungkur pada PRU14 nanti
See more at: http://www.sabahinsider14.blogspot.com