ADUN TG PAPAT DIGESA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ORANG GELANDANGAN DI BANDAR

CATATAN DARI MEJA PARLIMEN SANDAKAN



Di bawah arahan Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong (DAP), pembantu khasnya Amsi Liew telah mengatur lelaki terbiar yang dimandikan oleh lelaki baik hati dalam video yang tersebar hangat di Internet, untuk mendapatkan rawatan dan bantuan daripada hospital dan Jabatan Kebajikan.

Semasa Amsi Liew menjumpai lelaki terbiar tersebut di bandar, Liew mendapati lelaki tersebut telah buta dan menjangkiti penyakit kulit, tidak dapat berjalan, lemah dan hanya mencangkung di tepi jalan. Lelaki terbiar tersebut difahamkan bernama Ahmad Bin Lajim, berlahir di Sandakan pada tahun 1952, kaum Kadazan, umur 62 tahun, tiada keluarga.

Disebabkan keadaan lelaki terbiar itu agak serius, Liew telah menghubungi ambulans untuk menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi pihak hospital tidak dapat mengenal pasti sama ada lelaki terbiar itu adalah warganegara Malaysia, dan atas sebab Jabatan Kebajikan juga tidak menerimanya, oleh itu tidak dapat memberikan rawatan kepada lelaki terbiar tersebut.

Oleh yang demikian, Liew cuba mendapatkan maklumat lelaki terbiar tersebut melalui orang ramai di kawasan bandar yang dia selalu berada, dan mendapati dia tinggal di Sim-Sim sebelum ini, tetapi telah lama merayau di bandar.

Akhirnya, Liew menyemak senarai nama pengundi dan mendapati terdapat seorang mempunyai nama dan umur yang sama dengan lelaki terbiar tersebut. Liew seterusnya menyemak di Jabatan Pendaftaran untuk membuat pengesahan. Menurut siasatan, nama yang terdapat di senarai pengundi tersebut didaftar dengan nombor IC yang lama, tetapi pada ketika itu jabatan berkenaan tidak dilengkapi dengan kemudahan komputer, oleh itu kini gagal untuk menunjukkan gambarnya. Yang hanya dapat dikenalpasti ialah kad pengenalan tersebut tidak pernah diperbaharui sejak berpuluh tahun dahulu, dan tiada rekod kematian.

Menurut pegawai Jabatan Pendaftaran, pengesahan identiti lelaki terbiar tersebut hanya dapat dibuat melalui pemeriksaan cap jari, dan oleh kerana dia cacat penglihatan dan tidak dapat berjalan, kerja pengesahkan identiti melalui cap jari hanya dapat dilakukan apabila Jabatan Pendaftaran mengadakan perkhidmatan mudah-alih.

Liew berkata, oleh kerana pihak hospital menggesa lelaki terbiar tersebut meninggalkan hospital pada hari yang sama, akhirnya mereka terpaksa membantu lelaki terbiar itu membuat laporan polis. Dengan adanya laporan polis, maka dia dapat menerima rawatan di hospital buat sementara waktu, yang selainnya hanya dapat diaturkan selepas pengesahkan identitinya.

Berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh lelaki terbiar tersebut, Liew meminta Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Tanjung Papat Datuk Raymond Tan dan Unit Kemajuan Masyarakat Tanjung Papat untuk memandang serius terhadap masalah orang terbiar di bandar. Liew juga menyifatkan kes sebegini hanyalah sebilangan kecil antara semua, ramai lagi orang yang bertualang di bandar Sandakan.

Katanya, orang yang terbiar dan merayau di bandar menjejaskan imej bandar Sandakan, dimana kawasan tersebut adalah "wilayah" Datuk Raymond Tan. Jika beliau berniat untuk membantu, masalah orang terbiar di bandar pasti dapat ditangani, tetapi sehingga kini beliau belum lagi mengambil tindakan.


No comments:

Post a Comment