DAP BUKAN PARTI ANTI MELAYU ATAU ANTI ISLAM .....KATA LIM KIT SIANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Sunday October 30/2016


KOTA KINABALU:- Program yang dinamakan program Walkabout dan Kopitiam yang telah dilangsung di New Seafood Restaurant  kepayan dekat sini mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat.

Program yang julung-julung  kali diadakan itu ia menjurus untuk berjumpa dengan penduduk-penduduk di sekitar Kepayan Rumah Merah  untuk memberi penerangan mengenai matlamat perjuangan DAP di Negara ini khususnya di Sabah.

Dalam sisi ucapan Setiausaha Agung yang juga Ahli Parlimen kawasan Gelang Patah Lim Kit Siang menjelaskan dengan terperinci bahawa DAP bukankah parti milik bangsa Cina seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak DAP di tubuhkan dinegara ini pada  tahun 1966 adalah berjuang untuk membela  semua kaum yang ada di negara ini tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama.

“Dakwaan sesetengah pihak bahawa DAP parti anti Melayu anti Islam itu adalah tuduhan tidak berasas  sama sekali yang berniat jahat yang disengajakan dan diputarlbelitkan” kata Lim lagi.

Kata Lim jika benar DAP anti bangsa Melayu dan anti Islam kenapa  ramai  masyarakat Islam menjadi ahli DAP bukan saja di Semenanjung bahkan di Sabah juga.

Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt antara lain  turut menjelaskan bahawa DAP sekarang sudah di terima oleh rakyat pelbagai suku kaum di Sabah termasuk bumiputera Islam sendiri.


“Sebagai contoh penduduk di Kampung Berhala Darat Sim-Sim kawasan DUN Tanjung Papat di Kg Cahaya Baru Kg Mangkalinau dalam DUN Elopura  yang terdiri 100 orang bumiputera Islam kini mereka menjadi ahli DAP kawasan Sandakan, ini membuktikan bahawa masyarakat Islam di Sandakan telah menyedari hakikat sebenarnya perjuangan DAP bukan untuk kaum  Cina-India bahkan juga kepada  Bumiputera Islam sendiri” tambah Wong lagi.



No comments:

Post a Comment