Saturday January 30.2016
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14/blogspot.com
UMNO sudah rosak dan
Mukhriz perlu sertai parti lain sekiranya mahu mewujudkan kerajaan bersih.
Keluarlah dari UMNOA apa lagi tunggu lama-lama
KEDAH:- Penyingkiran Datuk Mukhriz
Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah telah menimbulkan kemarahan di
kalangan ahli-ahli UMNO Kedah.
Tindakan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak bakal menyingkir Mukhriz
sebagai Menteri Besar adalah difisatkan tidak berperi kemanusian dan amat kejam
kerana alasan yang diberikan Mukhriz tidak sehaluan dengan Najib dalam kepimpinan UMNO juga Negara sebagai
Perdana Menteri.
Seandainya
Mukhriz jadi disingkir daripada jawatannya yang disandang ini jelas ia membuka
ruang selebar-lebarnya kepada parti-parti pembakang di Negara ini untuk
mempelawa Mukhirz serta kaum kerabat dan para pengikutnya menyertai Parti
AMANAH ataupun PKR.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) PKR Kedah menyarankan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir keluar
UMNO sekiranya mahu mewujudkan kerajaan bersih daripada rasuah.
ADUN
PKR Kedah dalam kenyataan bersama berkata, Mukhriz perlu keluar daripada UMNO
kerana parti berkenaan sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi.
Kepada
Mukhriz dan mana-mana ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah, jika anda benar-benar
mahu kerajaan yang bersih rasuah, jika benar anda mahu perangi rasuah keluarlah
daripada UMNO.
“UMNO
kini hanyalah sekadar kenderaan buruk yang sudah rosak yang wajib dibuang dan
tidak perlu diperbaiki lagi.
“Mari
lakukan perubahan bersama kami, jika tidak perjuangan anda hanyalah sia-sia
seperti anjing menyalak bukit, mencurah air ke daun keladi dan mungkin akan
disenarai barisan pemimpin UMNO yang merosakkan negara dan bangsa,” kata mereka
pada sidang media di Bakar Arang, di sini, hari ini.
Kenyataan
bersama dibuat oleh ADUN Lunas, Azman Nasruddin; ADUN Bukit Selambau, Dr
Krishnamoorthy; ADUN Bakar Arang, Ooi Tze Min; dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling.
Semua
ADUN PKR Kedah berharap krisis penukaran Menteri Besar negeri berkenaan dapat
diselesaikan dengan segera.
Sementara
itu, ADUN PKR Kedah dalam kenyataan bersama, turut mendakwa Kerajaan Kedah
sudah tidak wujud apabila mesyuarat EXCO negeri sudah tidak dapat dijalankan.
“Ini
berikutan apabila enam EXCO negeri tidak hadir dalam mesyuarat semalam. Jadi,
lebih baik Mukhriz buat sidang tergempar khas.
“Siapa
layak jadi Menteri Besar terpulang kepada DUN. Pembangkang akan hadir dalam
sidang tergempar itu,” kata mereka menerusi kenyataan itu.
Wartawan
portal The Sabah Insider.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa
lagi-lagi krisis UMNO Kedah yang semakin kritikel dikhabarkan sekiranya Mukhriz
dan Tun Muhathir keluar meninggalkan UMNO/BN maka sekutunya Tan Seri Muhyidin
Yassin, Datuk Mohd Shafie Abdal lain-lain pemimpin kanan UMNO yang pernah
dikhianati oleh Najib mereka akan keluar bersama-sama Mukhriz untuk meninggal
UMNO akan tetapi belum pasti mana satu parti jadi pilihan mereka sama ada
AMANAH ataupun PKR akan diketahui tidak lama lagi.
Inilah
penyakit dalam UMNO walaupun orang itu berjuang mati-matian dalam UMNO beberapa
detad akan tetapi bila mempunyai satu kesilapan seperti tidak mahu ikut rentak
Presiden UMNO tidak sehaluan pendapat semestinya menjadi musuh utama kepada
Najib dan sekaligus berlaku penyiingkiran satu persatu.
Bukan saja para pemimpin tertinggi UMNO yang sering
menjadi mangsa keadaan akan tetapi juga pegawai-pegawai Tinggi Kanan Kerajaan
yang tidak mahu mendengar atau coba mempertikaikan kewibawaan Najib mereka
bakal menerima nasib yang serupa seperti mereka-mereka yang terdahulu jadi
mangsa pembuangan dan penyingkiran jawatan.
Terbukti
kes RM2.6 billiong 1MDB kini terlepas begitu saja sehingga menimbulkan keraguan
di kalangan rakyat dinegara ini sehingga Ketua Hakim Negara berani mengarahkan
Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atgar menutup kes
tersebut.
Sudah
enam orang Perdana Menteri bermula dari Tunku Abdul Rahmat Putra Alhaj, Tun
Abdul Razak Hussein Tun Hussien Onn Tun
Mahathir Mohd dan Tun Abdullah Ahmad
Badawi semua kelima-lima orang ini tidak pernah mendapat cemohan atau kritikan
bertubi-tubi datangnya daripada pelbagai
rakyat, tidak sama dengan Najib walaupun
hari-hari mendapat kritikan bukan saja daripada pemimpin Melayu Islam bahkan
lain-lain bangsa yang ada di Negara ini semakin hari semakin membenci diri
Najib akan tetapi Najib tetap tahan
tukul.
No comments:
Post a Comment