PARTI KEBANGSAAN SABAH (PKS) DILANCAR DI SANDAKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Kewujudan parti baru iaitu Parti Kebangsaan Sabah (PKS) di negeri ini ia membuka mata kepada rakyat tulen khususnya anak-anak jati Sabah untuk memilih sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan hak-hak asasi kaum bumiputera Sabah yang kian hari semakin terhakis.

Sabah sudah tiada lagi parti-parti di Sabah yang benar-benar berjuangan bagi mempertahankan hak-hak asasi bumiputera tulen  di Sabah semuanya hancur berkecai dirampas oleh orang-orang dari Semenanjung memiliki tanah NCR di kawasan-kawasan pedalaman begitu mudah diceroboh oleh orang luar.

Mana sudah Parti Parti Bersatu Sabah (PBS) mana parti UPKO dan mana sudah perginya parti PBRS yang konon berjuang untuk mempertahankan hak-hak kaum Dusun-Kadazan dan Murut  kenapa tanah-tanah adat kebanyakannya dimiliki oleh orang luar sehingga berjaya membuka ladang-ladang gergasi di seluruh kawasan luar Bandar.

Presiden Parti Kebangsaan Sabah (PKS) Thomas Anggan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perjumpa dengan ahli-ahli PKS daerah Sandakan yang diadakan di Ballroom Hotel Siang Garden dekat sini pada hari ahad lalu.

“Kebanyaknya parti-parti di Sabah ini semuanya adalah kelompok dalam parti komponen Barisan Nasional (BN)  jadi para pemimpin mereka kebanyakannya ikut telunjuk para pemimpin semenanjung  dulu PBS bukan main suara lantang kini diparlimenpun semuanya senyap seribu membisu bahasa  apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin persekutuan semuanya main angguk kepala yes man tiada yang berani membantah.

Bukan macam kerajaan Sarawak, Trangganu dan Johor walaupun mereka di bawah gagasan kerajaan persekutuan di bawah payung BN tetapi Ketua Menteri dan Menteri Besarnya berani sehingga menyerapkan GST agar perkhidmatan kerajaan Negeri di kecualikan  daripada cukai kenapa kerajaan  Sabah tidak boleh berbuat demikian.

Lainlah cerita di negeri Selangur, Pulau Pinang dan Kelantan bahawa tiga buah negeri itu adalah kerajaan pakatan rakyat kalau mereka tidak mengikut rentak kerajaan persekutuan untuk mengenakan GST terhadap perkhidmatan kerajajan tempatan itu lain cerita” kata Thomas Anggan.


Katanya lagi PKS akan bekerjasama dengan mana-mana parti tempatan Sabah pada masa PRU14 asalkan parti itu tidak bergabung dengan BN kerana matlamat PKS adalah untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO.

“Orang-orang Kadazan, Dusun, Murut  dan Cina lain-lain bumiputra Sabah harus memikirkan tentang negeri kita kerana Sabah kaya dengan sumber asli selain ada minyak, Gas juga ada emas kemana sudah hasil masulnya semua pergi ke Semenanjung

Beliau berkata setakat ini PKS  mempunyai 24 Bahagian diseluruh Sabah dan mempunyai  keahlian seramai 30 ribu orang dan parti berbilangan kaum asalkan warganegara Malaysia adalah layak menjadi ahli.


Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Ketua Bahagian PKS Libaran Abdul Maid dan lain-lain pemimpin kanan PKS yang dating dari Semporna, Ranau, Tawau dan Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment