Sunday January 10.2016
OLEH: KAMARUDIN
ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
PETALING JAYA:- Berikutan pendapatan Negara semakin merosot akibat salah unjuran, selain
gejala rasuah semakin hari semakin menjadi-jadi serta amalam pentadbiran tidak
telus pastinya Malaysia tidak akan mencapai sasaran dan tahap pembangunan yang dirancang
dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)
RMK11Ahli Parlimen
Batu Gajah, V Sivakumar, berkata Malaysia memperuntuk sumber pendapatan yang
cukup tinggi iaitu RM260 bilion bagi menjayakan RMK-11 tetapi suasana ekonomi
negara sangat lemah.
Mengikut RMK-11,
katanya, pertumbuhan ekonomi disasar antara lima hingga enam peratus setahun
tetapi ia tidak mudah untuk dicapai berikutan kadarnya pada masa ini hanya 3.9
peratus setahun.
“Sasaran itu tidak
mudah dicapai memandangkan ekonomi dunia tidak menentu, maka sukar untuk negara
kita mencapai prestasi yang disasar,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Apatah lagi, Timbalan
Pengerusi DAP Perak itu, berkata unjuran pendapatan dibuat berdasarkan andaian
harga minyak mentah dunia AS$70 setong sedangkan harganya jauh lebih rendah
pada masa ini.
“Malaysia sebagai
pengeksport minyak engalami pengurangan pendapatan yang besar kerana kejatuhan
harga. Kita juga tidak tahu sama ada harga itu akan menjunam lagi pada masa
depan.
“Jika berterusan,
sudah pasti ia memberi impak negatif terhadap makro ekonomi negara. Pembangunan
negara juga akan terencat,” katanya.
Beliau juga tidak
yakin kerajaan Persekutuan mampu mencapai sasaran bajet seimbang menjelang
2020, lebih-lebih lagi lima tahun akan datang adalah tempoh yang penuh pelbagai
dugaan dan cabaran ekonomi.
“Ditambah pula
penurunan nilai mata wang Ringgit menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Walaupun
ia dijangka meningkatkan eksport tetapi ia tidak semestinya membawa keuntungan
lumayan.
“Kita harus sedar
import dari negara lain akan menjadi semakin mahal. Ini akan meningkatkan harga
barangan import di pasaran tempatan. Kadar inflasi negara akan meningkat,”
katanya.
Justeru, katanya,
kerajaan harus berhemat dalam segala perbelanjaan pengurusan dan pembanguan
termasuk mengatasi masalah rasuah, pembaziran dan kebocoran yang melemahkan
lagi ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment