Thursday January
28.2016
OLEH: KAMARUN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
KUALA
LUMPUR:- Penyingkiran Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan
membawa kehancuran dan malapetaka
terhadap kedudukan UMNO sendiri.

Inilah penyakit dan virus yang ada dalam
parti UMNO kalau mereka mahu singkirkan seseorang itu mereka tidak pandang atau
nilai dahulu jasa bakti yang mereka berjuang mati-matian khususnya untuk UMNO.
Rakyat Malaysia memang mengharapkan bila
Mukhriz sudah tersingkir dari Menteri
Besar Mukhriz serta bapanya Tun Mahathir agar menyertai Parti Amanah Negara (PAN) ataupun PKR dalam hati
kecil Mukriz berkata-kata apa lagi saya buat dalam UMNO saya berjuangpun tidak
dihargai.
Kemasukan Tun Mahathir dan Mukhriz termasuk
Muhyidin Yassin serta Shafie Abdal sama
ada Parti Amanah atau PKR dalam kelumpok PAKATAN HARAPAN sudah tentu memberi peluang besar kepada
PAKATAN HARAPAN menjadi kerajaan
persekutuan pada PRU14 nanti.
Sekarang ini kemarahan dengan kerajaan
Barisan Nasional (BN) dan UMNO bukan saja di kalangan masyarakat Cina-India
Kadazan-Dusun-Murut Iban-Bidayu-Penan-Melanau dan Dayak bahkan orang-orang
Melayu sendiri 80 peratus sudah pandang serong terhadap kepimpinan UMNO dan
juga Perdana Menteri termasuk sendiri Peguam Negara.

Apa lagi timbul krisis Datuk Mukhriz Tun
Mahathir yang bakal disingkir daripada Menteri Besar Kedah kini telah menjadi
isu besar menambahkan lagi kemarahan
orang-orang Melayu di Negeri Kedah terhadap UMNO dan Najib serta tali-tali
barutnya.
Apapun kita lihat nanti apa kesudahannya apabila Mukhriz tersingkir Menteri Besar
Kedah diharap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Shafie Abdal dan
Mukhriz serta pengikut-pengikut yang lain akan menyertai Parti Amanah ataupun
PKR semoga menjadi reality.
No comments:
Post a Comment